Wednesday, May 12, 2010

Kenangan Bermandikan Hujan Ke Sungai Gabai


Semalam saya dan Rashdan, course mate Mechanical pergi ke Air Terjun Sungai Gabai untuk buat survey tapak program ekspedisi pelajar kejuruteraan 1st Year UKM kt situ. On the way ke sana, kami yang hanya bermotosikal ini terus menerus dihempap dengan hujan lebat.

Apa lagi sampai di Sungai Gabai dah habis lencun satu badan. Alang-alang dah basah lencun, kami terus lompat terjun sungai yang menderu-deru. Gila, langsung tak fikir tentang kesan dan akibat!

Nak buat macam mana kan?





Tapi sayang, kalau la semua budak-budak kuliah kami join sekali, tentu tak terbayang keseronokan petang semalam. Tapi tak pe, Sabtu ni kita enjoy gila-gila.

Ini la akibatnya bilamana melakukan sesuatu bukan pada niat yang tidak berapa nak betul :p

Harap Sabtu ni semua kawan-kawan kami boleh sama – sama enjoy dalam program pertama saya di luar kampus.

On the way pergi kena hujan, balik pun nasib yang sama menimpa kami berdua. Tapi syukur pasal tiada perkara buruk berlaku.

Alhamdulillah!