Monday, May 3, 2010

Jika Kita Di Tempat Ibu Aminulrasyid Amzah



Video ini bagaikan metafora buat kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Malah ianya memang realiti. Bayangkan jikalau kita berada di tempat Puan Norsiah Mohamad, adakah kita sanggup mengatakan JANGAN SALAHKAN POLIS tapi SALAHKAN BUDAK itu.

Fikir-fikirkanlah!

Peringatan buat akhbar atau penyebar berita PALSU, ingatlah betapa penulisan itu akan didakwa di pentas Mahsyar kelak. Terbitkanlah rasa kemanusiaan biarpun sedikit buat ibu Adik Aminulrasyid dan seluruh ahli keluarganya ketika ingin mencoret tentang kejadian ini walaupun tetap berkeras si POLIS itu tetap betul.

Kerana jika ianya berlaku pada diri kita, tentunya kita pun akan merasai apa yang Puan Norsiah Mohamad dan keluarga rasai. Dengarlah rayuan si ibu yang begitu sedih kehilangan anak kesayangannya.

Kasihanilah mereka yang bersedih dengan kehilangan ini. Rayuku buat semua mereka yang begitu anti dengan sokongan terhadap Adik Aminulrasyid, kalaupun benar sekalipun dakwaan anda, mereka yang rapat dengan Arwah punya hati dan perasaan.

Arwah Adik Aminulrasyid sudah aman damai di sana, tapi kita yang masih hidup ini terus BERUSAHA mengumpul berlori-lori DOSA akibat mencerca arwah.

Siapa kita nak mengata sedemikian rupa?

Jangan jadikan Facebook atau sebagainya sebagai LUBUK DOSA buat kita yang ALLAH masih tak menghantar Izrail untuk menjemput kita. Insaflah diri yang sering menjadikan Adik Aminulrasyid dan keluarga sebagai bahan cercaan.

Tunggulah saat ALLAH mentakdirkan kita merasai perkara yang sama, mungkin saat itu baru kita insaf.

Sekali lagi, beradab dan benarlah ketika berbicara tentang arwah. Kita doakan Adik Aminulrasyid mendapat keadilan sewajarnya dan rohnya ditempatkan dalam kalangan mereka yang SOLEH dan BERIMAN.

Perginya dia mengadap ALLAH dalam keadaan yang tidak membawa DOSA yang bertimbun sedangkan kita yang masih hidup Raqib dan Atiq terus bersama kita.

Insaflah!