Monday, May 3, 2010

Belang Sebenar Polis Malaysia

Saya membaca berita mengenai serbuan PDRM terhadap sebuah program belia anjuran kerajaan negeri Selangor di Dataran Shah Alam yang menyebabkan seorang pelajar tercedera.

Dalam serbuan itu, Mohd Nazrul Anwar Mohamad Adli, 20, yang mengikuti pengajian diploma dalam kejuruteraan elektrik dan elektronik di Kolej PTPL merupakan mangsa keganasan polis. Hal ini disaksikan oleh Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Azli Yusof yang menganggotai jawatankuasa pengajuran program tersebut berkata beliau terkejut dengan apa yang berlaku malam tadi.

Beliau mendakwa, anggota polis secara tiba-tiba menyerbu ke arah mereka, sambil menendang motosikal mereka yang diletakkan di situ, menyebabkan kumpulan belia itu bertempiaran dari situ.

Ketika itulah, katanya beliau ternampak Mohd Nazrul, dekat Quality Inn, bertembung dengan kereta dan terjatuh.

Menurutnya, Mohd Nazrul bangun dan cuba menunggang motosikalnya, tetapi motosikalnya ditendang oleh seorang anggota polis, menyebabkan dia terlanggar sebuah van yang terletak di situ.

Azli berkata beliau sempat mengambil nama anggota tersebut – seorang konstabel – dan nombor perkhidmatannya.

Saya mengambil beberapa potongan berita asal dari MalaysiaKini. Timbul persoalan yang cukup besar, beginikah sikap dan sifat sebenar polis Malaysia?

Adakah ini belang mereka yang cuba disembunyikan?

Persoalan yang dapat saya timbulkan disini:

  1. Kenapakah pihak polis begitu terburu-buru merempuh program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor itu?
  2. Apakah program anjuran Kerajaan Selangor itu mengganggu ketenteraman awam dan adanya unsur-unsur hasutan membenci kerajaan?
  3. Adakah ini melambangkan SIFAT dan SIKAP sebenar POLIS MALAYSIA dalam menangani jenayah di Malaysia?
  4. Adakah pelajar yang bernama Nazrul dalam berita di atas di syaki POLIS sebagai PENYAMUN sehingga perlu ditendang dan dibelasah sehingga terjatuh motosikal?
  5. Apakah pihak polis memahami tugas dan tanggungjawab sebenar mereka dalam masyarakat?
  6. Apakah kes tembak Adik Aminulrasyid pada 26 April yang lepas juga hasil sikap polis yang begitu terburu-buru membuat penilaian?
  7. Di manakah rasa tanggungjawab pihak polis dalam menjaga ketenteman masyarakat
  8. Adakah pihak polis tidak serik dengan pelbagai tohmahan yang diberikan masyarakat kepada mereka akibat KECUAIAN mereka ketika bertugas?
  9. Berapa ramai lagikah rakyat Malaysia akan menjadi statistik selepas ini hasil dari tangan-tangan polis sendiri?
  10. Adakah polis di Malaysia cukup terlatih untuk mengendalikan senjata api dan EMOSI dalam menyelesaikan sesuatu kes?
  11. Adakah insiden ini membenarkan tuduhan betapa pihak polis masih menjadi alat kepada parti POLITIK tertentu?

Harapan saya ingin melihat Malaysia membangun dalam keadaan masyarakat yang sejahtera. Generasinya yang aman damai serta harmoni geraknya. Namun pabila seorang demi seorang rakyat Malaysia menjadi mangsa kepada pihak polis sendiri, apakah harapan ini akan tercapai?

Berbalik kepada cerita arwah Adik Aminulrasyid, semua ini gara-gara kesilapan polis membuat penilaian dan keputusan. Mereka hanya tahu kerja mereka ialah KEJAR, REMPUH, TEMBAK dan BELASAH.

Nyawa orang TIDAK BERHARGA. Yang penting aku jadi hero pasal TEMBAK penjenayah.

Hancur Malaysia kalau hal ni berterusan. Bila dah buat silap, tukar jabatan. Bila dah buat JENAYAH, ketua sendiri back-up dan merajuk tak tentu pasal. Alahai PDRM!