Saturday, May 8, 2010

Bahasa ALLAH Kepada Polis Malaysia

Dikhabarkan kereta rasmi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar telah dicuri sekitar Seksyen 9, Shah Alam pada 7 Mei. Kemudiannya telah ditemui kembali pada keesokannya bersama dengan sekeping nota yang berbunyi, “Sorry PDRM tersilap sapu”.

Perkhabaran ini lawak. Mungkin sesuai dengan lawaknya watak polis mutakhir ini.

Lagi sesuai apabila tuhan telah berbahasa dengan ketua nya sendiri, yang merupakan individu bertanggungjawab – sepatutnya – untuk meleraikan kekusutan dan kegelisahan awam berkenaan kes tembakan rambang Adik Aminulrasyid Amzah.

Nasib yang baik, kereta itu ditemui kembali dalam keadaan yang baik.

Namun, sudah tentu jatuh air muka ketua polis ini. Moga-moga dia faham bahawa ALLAH sedang berbicara dengan dia.

Logiknya, kalau polis Malaysia pun gagal menjaga harta sendiri bagaimana mereka mampu berangan-angan untuk menjaga keselamatan sekalian manusia di bumi Malaysia ini?

Maha Suci ALLAH yang begitu halus menegur hamba-Nya. Moga Datuk Khalid berusaha memperbaiki kecederaan yang dialami polis akibat kegagalan anggotanya bertindak sebagai manusia ketika menjalankan tugas.