Tuesday, May 4, 2010

Adakah Nyawa Aminulrasyid Tidak Mencukupi Buat PDRM?

Saya menonton video pendedahan cerita sebenar pada malam kejadian oleh Adik Azamudin dengan penuh minat. Hal ini menyebabkan saya tertanya-tanya kenapa polis masih dengan suara sumbang mereka cuba mempertahankan anggota polis yang terbabit?



Saya yakin, pengamatan yang dhaif setiap insan yang mengikuti kes ini akan mengatakan bahawa Allahyarham Adik Aminulrasyid tidak bersalah.

Sambil terus melayang-layang mencari punca kenapa si polis yang menembak Adik Aminulrasyid malam kejadian mendapat limpahan kasih-sayang yang tak terhingga oleh IGP itu sehingga penjenayah sebegitu dibiarkan bebas tanpa ada apa-apa tahanan REMAN dibuat.

Kalaulah aku yang ditakdirkan menembak Adik Aminulrasyid, confirm dah lama aku meringkup dalam lokap kena REMAN.

Si polis tu mungkin bebas ke mana ke mari sedangkan ibu dan keluarga arwah begitu pedih menerima hakikat kehilangan orang tersayang. Tolonglah tegas dalam hal ini!

PDRM kena ingat yang mereka berdepan dengan JUTAAN persepsi masyarakat. Saya kira tahanan REMAN ke atas polis terbabit pasti membuahkan rasa lega dalam hati setiap rakyat di Malaysia ini dan memungkinkan mereka meletakkan KEPERCAYAAN kepada PDRM untuk menyiasat kes ini dengan adil dan saksama.

Jika itu pun GAGAL dilakukan oleh PDRM sendiri, maka bagaimanakah mereka boleh mengharapkan agar MASYARAKAT TIDAK MEMPERTIKAIKAN KERJA POLIS sebagaimana si IGP kita merayu.

Tidak berakalkah si IGP ini?

Saya suka mencadangkan beberapa perkara dalam menyelesaikan KEMELUT yang melanda akibat krisis sahsiah dalam PDRM dan beberapa akhbar Malaysia terhadap kes ini:

  1. Anggota polis yang terbabit dalam kes tembak Adik Aminulrayid WAJIB dikenakan tahanan REMAN sebagaimana polis bertindak ke atas orang awam yang melakukan jenayah sebelum ini. Maka di sini arahan kepada polis terbabit supaya ditukar kepada jabatan lain perlulah ditarik balik.
  2. Semua media dan wartawan yang telah atau sedang bercadang mahu menerbitkan sebarang artikel atau berita yang mempunyai unsur-unsur fitnah kepada Arwah Adik Aminulrasyid dan keluarga perlu meminta MAAF kepada keluarga arwah sama ada secara terbuka atau tertutup.
  3. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang telah mengeluarkan kenyataan berbaur ancaman serta tohmahan kepada arwah dan keluarga seperti mana yang didakwa oleh bapa saudara mangsa (*sila tonton video di atas) perlu meminta MAAF SECARA TERBUKA kerana kenyataan itu telah menghakis begitu banyak kepercayaan masyarakat kepada PDRM.
  4. Memandangkan desakan masyarakat adalah menjurus kepada IGP akibat kenyataan yang berbaur ancaman serta tohmahan terhadap arwah dan keluarga, maka beliau dengan penuh rasa tanggungjawab harus MELETAKKAN JAWATAN dengan segera selain turut dikaitkan dengan penyebaran berita fitnah terhadap arwah sebelum ini.
  5. Penuhilah kehendak dan desakan keluarga mangsa agar ditubuhkan satu badan yang benar-benar bebas dalam menyiasat kes ini seperti Suruhanjaya Di Raja.

Saya sangat berharap harapan dan cita-cita rakyat Malaysia tidak terkubur begitu sahaja. Kepada PDRM,ambillah peluang ini untuk membuktikan bahawa anda adalah benar-benar KOMITED dengan amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh negara kepada anda.

Bersikap adillah dalam kes ini kerana mereka yang rapat dan berhubungan darah dengan Adik Aminulrasyid masih hidup dan bersedia menghukum mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab dalam kes ini. Kita amat berharap agar ALLAH menzahirkan sifat-Nya yang Maha Adil pada setiap hamba-Nya.