Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2010

Bila Si Bodoh Berlagak Alim

Susah untuk describe manusia yang bersifat begini. Dosa diri sendiri tidak pernah cuba untuk muhasabah, sibuk cari salah orang lain itu dan ini. Hey Najib, sedar kah engkau betapa jijiknya kedudukan engkau untuk mengutuk rakyat Palestine. Adakah engkau kira diri engkau suci umpama malaikat?

Ini lah akibatnya apabila si bodoh cuba berlagak alim. Adakah engkau ingat rakyat negara ini buta hati untuk menilai patah kenyataan sempit dan prejudis engkau itu?

Kenyataan engkau tak ubah seolah-olah ulama’ besar dan tidak kurang pula dengan laporan Utusan Melayu yang cuba menjadikan tulisan ini sebuah kenyataan yang amat benar.

Antara petikan berita Utusan bertarikh 28 Mei, yang mencatatkan Najib di Pekan telah membuat semua kenyataan prejudis ini.

“… Kegagalan umat Islam di Palestine membina kekuatan menyebabkan negara mereka yang besar pada suatu ketika dahulu kini hanya tinggal dua bahagian kecil iaitu Tebing Barat dan Gaza, sementara rakyat Palestine yang hidup di luar pula jauh lebih ramai…

Kisah Ashabul Ukhdud (Siri 2)

Kisah Ashabul Ukhdud ini juga diceritakan oleh ALLAH dalam Surah aL-Buruj. Jom kita baca apakah yang diceritakan oleh ALLAH dalam surah ini,
“Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang. Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan. Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan. Celaka lah kaum yang menggali parit. (Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran. (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya. Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman. Dan mereka tidak marah dan menyeksa kan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada ALLAH Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji! Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi. Dan (ingatlah), ALLAH sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu. Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, m…

Kisah Ashabul Ukhdud (Siri 1)

Kisah Ashabul Ukhdud atau Ghulam Dakwah ini adalah sebuah kisah benar yang diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat baginda pada satu ketika. Sebelum itu eloklah untuk kita mengimbas sedikit sebanyak hadith yang menceritakan tentang kisah anak muda ,Ghulam yang bergurukan seorang ahli sihir dan juga rahib. Kisah ini merupakan salah satu contoh manifestasi keimanan Ghulam terhadap keesaan ALLAH riwayat.

Dari Sahih Muslim,

Mahmud bin Ghailan dan Abdun bin Hamid menceritakan kepada kami dengan cerita yang mempunyai makna yang sama, kedua-duanya berkata; Abdur Razak menceritakan kepada kami daripada Ma’mar daripada Shabit al-Banaani daripada Abdur Rahman bin Abu Laila daripada Suhaib bahawa beliau berkata;

“Rasulullah (s.a.w) apabila bersembahyang Asar, baginda menggerakkan dua bibirnya seolah-olah baginda bercakap. Dikatakan kepada baginda; “Kamu wahai Rasulullah, apabila kamu bersembahyang Asar, karnu menggerakkan dua bibir mu seolah-olah kamu bercakap. Maka baginda bersabda:…

Bagaimana Cara Untuk Mencapai Kesempurnaan Beragama?

Kesempurnaan diri yang menjadi impian buat semua mereka yang bergelar Mukmin hanyalah berasaskan kepada apa yang digariskan oleh ALLAH dan Rasul. Sama-samalah kita menghayati Hadith Muthahharah ini berkenaan kesempurnaan diri seorang Muslim.

Daripada Sayidina Khalid bin Al-Walid Radiallahuanhu telah berkata: Telah datang seorang Arab desa kepada Rasulullah SAW yang mana dia telah menyatakan tujuannya: Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat.

Maka baginda SAW telah berkata kepadanya Tanyalah apa yang engkau kehendaki :

Dia berkata: Aku mahu menjadi orang yang alim…

Baginda SAW menjawab: Takutlah kepada ALLAH maka engkau akan jadi orang yang alim…

Dia berkata: Aku mahu menjadi orang paling kaya….

Baginda SAW menjawab: Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya….

Dia berkata: Aku mahu menjadi orang yang adil…

Baginda SAW menjawab: Kasihanilah manusia ya…

Sila Berambus Dari Bumi Ini!

2 minggu lepas heboh berita pasal penangkapan 4 orang mahasiswa UKM yang dikatakan turun berkempen di Hulu Selangor bagi pihak Pakatan Rakyat semasa PRK Hulu Selangor yang lepas. Mereka yang ditangkap itu aku cukup kenal kerana beberapa kali berjumpa dengan mereka sebelum ini berbual dan berbincang terutama berkenaan polemik yang berlaku ketika Pilihanraya Kampus UKM pada bulan Januari yang lepas.

Berbagai reaksi yang dapat kita semua saksikan berkenaan berita penangkapan itu daripada semua lapisan masyarakat sama ada pelajar, pensyarah malah pimpinan negara. Ada yang mengecam tindakan menangkap pelajar terbabit kerana mereka tidak semestinya datang le HS untuk berkempen kerana bukti poster berada di tangan mereka tidak kuat untuk menuduh mereka bertindak sedemikian.

Ada juga yang bersetuju dengan penangkapan itu dengan alasan mereka terlibat dengan politik luar. Mereka dikenakan AUKU, satu istilah yang cukup sebati dengan aktivis mahasiswa sejak dulu lagi.

Bagi ku sesiapa pun bebas m…

UKM4: Undi Anda Sangat Berharga

Fakta kes:

4 orang mahasiswa UKM jurusan Sains Politik yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM; Sdr Hilman Idham (Presiden), Sdr Ismail Aminuddin (Naib Presiden), Sdri Azlin Shafina Adzha (Setiausaha Agung) dan Sdr Woon King Chai (Exco) telah ditahan oleh pihak polis di Pekan Rasa dan Ampang Pecah pada 22 April 2010 semasa berlangsungnya Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.Turut ditahan bersama mereka adalah 3 orang aktivis parti yang turut menaiki kenderaan yang sama (sebuah kereta dan van).Dalam penahanan itu, polis telah merampas beberapa bungkusan risalah kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga CD kempen.Kemudian pada 23hb April 2010, sekitar jam 10 malam, Sdr Hilman Idham telah ditahan sekali lagi oleh pihak polis dalam sekatan jalan raya. Bersama-sama beliau adalah 4 orang aktivis yang lain. Dalam penahanan ini, polis hanya menjumpai sekeping VCD ceramah parti politik.Hasil daripada tangkapan ini, mereka akan dibicarakan di bawah Akta Universi…

Mengenang Sebulan Pemergian Adik Aminulrasyid

Hari ini, 26 Mei 2010 pada pukul 2:15 am ketika saya menulis entri ini maka genaplah sebulan pemergian Allahyarham Adik Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak secara melulu oleh polis pada bulan yang lepas. Bukan niat saya ingin mengenang kesedihan akan kematian tragis ini tapi sekadar mahu memanaskan tungku api yang semakin kekurangan suhunya dek simbahan isu-isu lain yang timbul selepas kejadian.

Ternyata kes ini sudah tidak menjadi perhatian akhbar untuk menyiarkan beritanya dan saya bimbang jikalau kes ini terus senyap dan tak mendapat pembelaan sewajarnya.

Sebelum kita meneruskan penerokaan jiwa pada kali ini, eloklah kita menyedekahkan aL-Fatihah buat Arwah moga-moga ALLAH meletakkan dia dalam kalangan mereka yang beriman.

Bagi saya, setiap isu yang sedang bergelojak di tengah masyarakat mahu tak mahu sebagai warga yang prihatin sewajarnya dia mengambil “port” secara proaktif dalam usaha memberi kesedaran kepada masyarakat tentang isu tersebut dan menjadi agent of true message u…

Perlesenan Judi: Bagaimana Umat Islam Bersikap?

ALHAMDULILLAH, rasa syukur yang teramat sangat pada tuhan yang memiliki hati-hati manusia kerana telah membenarkan Diskusi Ilmiah ISIUKM yang bertajuk Judi: Halal atau Haram? sebentar tadi berlangsung dengan jayanya.

Meskipun pada permulaan sebelum saya sempat memasuki Bilik Kuliah FSSK505, beberapa orang pak guard menyerbu kami semua dan mengarahkan program diskusi itu dibatalkan serta-merta kerana tidak mendapat kelulusan pentadbiran.

Masya-Allah, nak luruh jantung ketika sorang pak guard tu soal macam-macam tentang program ni. Akhirnya, bagi meredakan keadaan saya jemput mereka join sekali dengan kami dalam perbincangan.

Ya, memang isu ini SENSITIF untuk dibangkitkan kerana ianya berkaitan dengan kepentingan kerajaan sekarang. Sebenarnya kami dah tahu apa point mereka nak halang diskusi ini. Saja buat alasan yang kami tak dapat kelulusan. Namun seperti yang saya nyatakan awal-awal tadi, sesungguhnya hati manusia itu milik ALLAH.

Tengah mereka sibuk-sibuk halang kami, tetiba datang …

Go Home and Love Your Family

Analogi dan contoh yang diberi oleh Ustaz Hasrizal dalam membicarakan persoalan pengurusan keluarga ternyata amat realistik dengan situasi dan kondisi masyarakat masa kini.

Walaupun saya masih belum berkahwin, tapi saya dapat rasakan betapa kahwin itu bukanlah sesuatu yang boleh kita persenda di mulut kita sahaja. Kerana term itu menentukan letak duduk kita di AKHIRAT kelak.

Selamat menonton.



Kata Mother Teresa,

“Go HOME and LOVE your family.”
Teruja bila mendengar Ustaz Hasrizal memberi pandangan.

Bernas.

Apa pun, sebenarnya Rasulullah telah pun menunjukkan contoh teladan yang baik cuma berbalik pada diri kita yang begitu malas mengkaji sirah kehidupan Baginda SAW.

Moga video ini bermanfaat buat kita semua. Harus kita sedar bahawa RUMAH adalah GURU terbaik sekolah dan lain-lain hanyalah supplement sahaja.

Kita adalah ciptaan terbaik kerana dianugerahkan akal untuk berfikir. Bukan itu sahaja, malah ALLAH turut mengurniakan sifat KASIH-SAYANG kepada kita semua sebagai nikmat-Nya yang …

Pengajaran Dari Sebuah Komik

Sejak kecil lagi, saya telah didedahkan dengan berbagai jenis komik bacaan ringan seperti Doraemon , Dewata Raya, Utopia, Naruto dan sebagainya. Namun ternyata saya lebih berminat untuk “mendalami” komik-komik Kung Fu karya penulis China seperti Tony Wong melalui karyanya Jejak Wira. Seperti biasa, kepulangan saya kali ini ke kampung halaman dalam misi menghabiskan beberapa buah Jejak Wira yang dibeli oleh abang semasa ketiadaan saya di rumah.

Ternyata plot ceritanya meskipun panjang dan tak pasti bila penghabisannya namun ia tetap tidak membosankan. Menjadi semakin menarik dan sukar bilamana ia melibatkan pergolakan politik dunia yang terang-terang menyebelahi siapa yang kuat dia yang menang.

Setelah “menelaah” kesemua komik muktabar ini saya seakan terpanggil untuk mengulas karya Tony Wong iaitu Jejak Wira yang mana saya kira ianya amat dekat dengan apa yang berlaku kini di dunia realiti.


Bagaimana para penguasa negara sanggup membutakan hati dan mata demi kepentingan nafsu mereka…

Kasih Seorang Abang Terhadap Adiknya

Gambar ini dihantar melalui e-mel oleh seorang rakan saya. Dia mengirim gambar ini tanpa mengungkapkan apa-apa kata di bawahnya. Melihat gambar ini, saya faham kenapa dia tidak mampu menulis perasaannya ketika itu. Saya yakin, semua yang melihat akan berkongsi rasa yang sama. Speechless.

Lalu cuba berkongsi kesedihan nya dengan orang lain. Moga gambar ini memberi cetusan rasa SEDAR dalam diri kita yang masih lagi bertuah.

Tenung lah, selami lah gambar ini. Di tengah-tengah masyarakat bergaduh soal kalimah ALLAH, gereja, mufti, harga barang dan sebagainya, nasib mereka ini – underprivileged langsung tiada siapa berani membelanya. Ke manakah hilangnya kemanusiaan kita?

Kasihnya dia pada adiknya yang masih kecil. Meskipun dia sendiri tak pasti apakah dia mampu menyara dirinya sendiri. Alangkah indahnya sifat KASIH-SAYANG yang dikurniakan oleh ALLAH kepada kita yang bergelar manusia di bumi ini.

Alangkah sempurnanya ciptaan yang Maha Esa yang meletakkan KASIH-SAYANG sebagai sifat kejadia…

Kafir Gelap vs Kafir Terang

Sejak dari kecil lagi, seringkali aku dengar ayah ku memberitahu ku bahawa di dunia ini terdapat 2 golongan manusia iaitu kafir GELAP dan kafir TERANG. Apakah itu semua ayah?

Ayah ku menerangkan kepada ku,
“Din, kafir TERANG itu ialah orang kafir yang benar-benar menyatakan kekafiran mereka tanpa berselindung seperti Buddha, Hindu dan sebagainya tetapi kafir GELAP pula ialah orang KAFIR yang mengaku ISLAM. Mereka berpura-pura hidup dengan amalan ISLAM dengan mengambil sedikit sahaja daripada inti pati ISLAM itu sendiri dan meninggalkan sebahagian besar yang lain. Mereka ini yang bahaya, kita mestilah sentiasa berwaspada dengan golongan sebegini kerana ramai orang MELAYU kita bersifat begini. Mulutnya berbicara ISLAM namun hatinya tegar mengakui KEKUFURAN” Masa dulu aku agak tidak dapat menerima kata-kata ayah ku ini kerana apa yang aku belajar di sekolah, kafir terbahagi kepada 5 iaitu kafir harbi, zimmi dan sebagainya. Dalam syllabus mana istilah semua ini wujud?

Namun bilamana umur …

Terima Kasih Cikgu Wan!

Sebentar tadi cikgu saya yang dikasihi di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit (SBPIBR), Cikgu Wan Mahmud yang aku pernah ceritakan dalam artikel sebelum ini menghantar mesej kepada aku berupa kata-kata nasihat,

“Mencari intelek Muslim bertakwa di dunia sekarang ibarat mencari gagak putih di tengah gagak hitam. Pastikan kita generasi yang meredah jalan-jalan perjuangan menuju destinasi iaitu KEREDHAAN ALLAH.”
Ringkas namun cukup terkesan kerana itulah rencam utama sebagai MAHASISWA ISLAM. Sama-sama kita fikirkan.

Terima kasih, cikgu…

Ekspedisi Sungai Gabai: Alam Guru Kami

Alhamdulillah, tidak tergambar kegembiraan aku kerana Ekspedisi Sungai Gabai yang aku pernah war-warkan sebelum ini berjalan dengan lancar tadi. Bermula dari pagi, ekspedisi itu telah mendidik aku sendiri dalam beberapa perkara tanpa aku sedari.

Ya, tarbiah RABBANI itu tidak mengira waktu dan tempat. Kadang kala ia amat menuntut kepada kesabaran yang tinggi. Namun keseronokan berekspedisi telah menutup segala rongga emosi akibat berlakunya “peristiwa” di luar jangkaan.

Apa pun biarlah gambar-gambar ini berbicara.

Malam Sebelum Program

Program di Sungai Gabai






Ekspedisi ini mendidik aku untuk sedar betapa kuasa pengaruh itu penting. Yes, politik dalam persahabatan.

Turut mengajar erti kerjasama dan kemanisan bersahabat. Berlainan ideologi dan latar belakang pemikiran bukanlah menjadi penghalang segalanya.

Panjat 300 anak tangga, bukan setakat jantung tapi limpa aku pun nak pecah. Huhu, kena pikul naik air mineral satu kotak. Berat betul!

Berenang di tempat yang paling dalam, terpaksa be…

Bingkisan Buat Cikgu Wan Mahmud

Sebentar tadi saya menelefon Cikgu Wan Mahmud, bekas guru Fizik saya untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada dia. Lama sungguh tak bersua muka dengan Cikgu Wan. Berbicara dan bergurau dengan cikgu adalah satu perkara yang tak dapat dilupakan. Semoga rahmat ALLAH sentiasa melingkari hidup cikgu selama-lamanya.

Tadi Cikgu Wan sempat bertanyakan ehwal diri saya semenjak masuk ke UKM. Ternyata sikap prihatin cikgu sentiasa sebati dengan perwatakan cikgu. Menceritakan pengalamannya ketika belajar di UKM dulu membuatkan saya terasa begitu rapat dengan cikgu kerana cikgulah insan pertama yang mengenalkan saya dengan dunia pentarbiahan.

Mengenalkan saya kepada buku “Apa Ertinya Aku Menganut Islam” sebagai syllabus usrah di sekolah dulu. Sekolah kami dulu – alma mater, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit merupakan tempat pertama yang membawa saya ke dalam dunia usrah, meskipun sebelum ini ayah saya sering bawa dalam usrah bersama rakan-rakannya. Tetapi sebelum ini tidak pernah saya…

Kenapa Malaysia Gagal Dalam Piala Thomas 2010?

Malaysia gagal memenuhi harapan 1Malaysia apabila kalah di separuh akhir Piala Thomas 2010 petang tadi. Apa pun saya sebagai penyokong dari jauh tak nak menyalahkan sesiapa kerana saya cukup yakin pemain-pemain telah cuba yang terbaik. Logiknya kalau saya yang main pun, mesti saya nak menang juga.

Sudah tentu para pemain pun tidak mahu kalah. Jadi tak timbul soal mereka tak bersemangat atau apa-apa lagi kerana apa yang saya tengok banyak komen mengatakan pemain itu dan ini. Cukup setakat itu.

Saya cuma ingin mengajak sahabat-sahabat semua untuk melihat kekalahan ini dari satu sudut perspektif yang lain yakni kita menilai dari segi kekuatan kuasa BERKAT dalam kejohanan itu.

Saya bukan nak hukum sesiapa cuma sekadar pandang sisi saya tentang kekalahan ini sahaja. Beberapa kali saya dengan beberapa rakan berbincang mengenai nasib Malaysia sebagai tuan rumah yang begitu lemah kuasa dan pengaruhnya.

Tidak mampu menunjukkan dan memberi peluang kepada ISLAM untuk menonjolkan nilai mereka dal…