Friday, April 30, 2010

Kullu Min Habibi Khair: Belasungkawa Buat Ibu Bapa, Keluarga, Rakan Taulan dan Guru-Guru Adik Aminulrasyid

ALLAH mengaturkan atau mentadbir urusan seluruh kerajaan-Nya, Dia memerintah, melarang, mencipta, memberi rezeki, MENGHIDUPKAN, MEMATIKAN, memuliakan, menghinakan, menukar ganti malam dan siang, mendatangkan peristiwa-peristiwa dalam kalangan manusia, menukar-nukarkan semua kerajaan dan negeri, lenyap satu kerajaan atau negara, muncul gantinya yang baru, perintah dan kekuasaan-Nya terlaksana di seluruh langit dan di permukaan bumi dan di bawahnya, di lautan dan di udara.

Pengetahuan ALLAH meliputi segala sesuatu. ALLAH Maha Mendengar segala sesuatu yang berbunyi tidak ada kekeliruan dan kesamaran bagi-Nya, malahan ALLAH mengamati kebisingan (hiruk pikuk) segala suara yang berbunyi, dalam semua bahasa, dengan hajat keperluan masing-masing yang bermacam-macam, tidak terjadi sebarang gangguan pendengaran disebabkan mendengar yang lain, tidak berlaku sebarang kekeliruan kerana banyaknya pertanyaan atau permintaan, tidak merasa marah atau bosan dengan kesungguhan permintaan hamba yang banyak hajat keperluannya.

Penglihatan ALLAH meliputi semua yang dapat dilihat, ALLAH menyaksikan gerakan semut hitam di atas batu di dalam suasana malam gelap gelita. Perkara ghaib bagi ALLAH adalah jelas dan terang, perkara rahsia bagi-Nya adalah terang dan nyata. ALLAH berfirman dalam Al-Quran,

“Sekalian makhluk yang ada di langit dan bumi sentiasa berhajat dan memohon kepada-Nya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan(mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhluk-Nya)" 
aR-Rahman: 29

ALLAH SWT mengampunkan dosa, menghilangkan kegundahan, melenyapkan kesusahan, PELIPUR KEDUKAAN, pencipta kekayaan dan rasa kepuasan bagi si fakir, pemberi hidayah bagi orang yang sesat, pembimbing orang yang kebingungan, PEMBANTU ORANG YANG MENDERITA, memberi makan (kenyang) orang yang lapar, memberi pakaian orang yang tak berpakaian, menyembuhkan orang yang sakit, memberi afiat orang yang menderita penyakit, menerima dan mengampuni orang yang bertaubat, membalas orang yang berbuat baik, MEMBANTU ORANG YANG DIZALIMI, MEMBINASAKAN ORANG YANG ANGKUH, menutupi cacat cela hamba-Nya, memberi keamanan orang yang ketakutan, mengangkat darjat sebilangan kaum, menurunkan darjat sebilangan yang lain.

Seandainya penghuni seluruh langit dan penduduk bumi, seluruh makhluk ciptaan-Nya dari awal hingga akhir, seluruh umat manusia dan jin, kesemuanya berada pada tahap ketakwaan yang paling tinggi dalam kalangan mereka, maka hal ini tidak akan menambahkan kerajaan ALLAH sama sekali.

(Sebaliknya) sekiranya semua makhluk ciptaan-Nya sejak awal hingga akhir, dan seluruh manusia dan jin berada pada tahap kederhakaan yang paling dahsyat dalam kalangan mereka, maka hal ini tidak akan mengurangkan kerajaan ALLAH sama sekali.

Sekiranya semua penghuni langit dan penduduk bumi, semua makhluk ciptaan-Nya sejak dari awal hingga akhir, manusia dan jin, makhluk yang hidup dan mati, yang basah dan yang kering, kesemuanya berdiri dan bangkit di suatu tanah lapang lalu mereka meminta atau berdoa kepada ALLAH, lantas ALLAH memenuhi permintaan masing-masing di antara mereka, maka hal ini tidak akan mengurangkan apa yang ada pada sisi ALLAH sebesar atom (habuk) jua pun.

Dialah Tuhan yang bersifat awal yang tiada sebelum-Nya, Tuhan yang bersifat akhir yang tiada sesudah-Nya sesuatu apa jua pun. Maha Agung dan MAHA AGUNG lah ALLAH SWT.

Tuhan yang paling berhak disebut-sebut dan diingat, Tuhan yang paling berhak disembah, yang paling patut disyukuri, yang paling KASIH di antara yang berkuasa, yang paling pemurah antara yang selalu diminta sebarang hajat keperluan daripada-Nya.

ALLAH SWT adalah Raja atau Penguasa yang tiada sekutu bagi-Nya, Tunggal tiada bandingan-Nya, Shamad yang tiada bagi-Nya anak, Maha Tinggi tidak ada yang menyamai-Nya, semua sesuatu akan hancur binasa kecuali Zat ALLAH, semua sesuatu akan hilang lenyap kecuali kerajaan ALLAH.

Ia tidak ditaati oleh hamba-Nya melainkan dengan izin-Nya,tidak diperbuat maksiat oleh manusia melainkan dengan pengetahuan-Nya, Ia ditaati oleh hamba-Nya lalu ia sendiri bersyukur, diperbuat maksiat oleh manusia terhadap-Nya lalu Ia memberi keampunan. Semua bala bencana (niqmah) adalah merupakan KEADILAN ALLAH, semua nikmat yang diberi-Nya adalah semata-mata kurnia daripada-Nya.

ALLAH SWT adalah pengamat(yang melihat-lihat hamba-Nya)yang paling hampir sekali, pemelihara(yang memelihara hamba)yang paling dekat sekali, Ia menguasai segala makhluk secara mutlak, menulis segala kesan dan peristiwa, MENCATAT SEGALA AJAL, semua hati manusia dalam kekuasaan-Nya.

Perkara rahsia di sisi ALLAH adalah jelas dan nyata, pemberian-Nya adalah “perkataan”, azab seksaan-Nya adalah “perkataan”, yakni….

“Hanyasanya kekuasaan dan perihal-Nya apabila Ia menghendaki sesuatu, Ia hanya berfirman “JADILAH ENGKAU!” Maka sesuatu itu wujud” 
Yaasin: 82

--------
Belasungkawa ini saya tujukan khas buat insan yang begitu dekat dengan Allahyarham Adik Aminulrasyid Amzah yang menemui tuhannya pada 26 April 2010 yang lepas. Pastinya ibu dan bapa si adik ini, abang dan kakaknya, rakan-rakan sepermainannya dan guru-gurunya yang pastinya amat merasai kehilangan ini.

Takdir itu tetap TAKDIR dan kita yang hidup harus meneruskan perjuangan. Saya menulis ini buat sekian kalinya berkenaan Adik Aminulrasyid bukanlah semata-mata emosi tetapi rasa tanggungjawab serta kasih sayang sesama makhluk itu amat dalam ertinya bagi ku.

Bukan saya seorang, malah rata-rata, mereka yang mendengar berita ini pasti sebak dan mahu mengalirkan air mata kesedihan. Apatah lagi mereka yang begitu rapat dengan Allahyarham.

Di sini ingin ku nukil kan coretan Imam Ibnu Qayyim r.a. tentang kebesaran ALLAH yang Maha Mengatur segala sesuatu. Dengan harapan nukilan ini mampu menaikkan semangat dan kesedaran kita tentang hikmah kejadian ini dan betapa ALLAH itu begitu hebat dalam percaturan-Nya.

Khas buat Puan Norsiah Mohamad, abang dan kakak Adik Aminulrasyid, rakan-rakan sepermainan, saudara mara dan guru-guru kepada Adik Aminulrasyid.

Hayati lah secebis nukilan seorang ulama’ tentang kebesaran ALLAH dan betapa segala sesuatu itu tidak berlaku secara sia-sia. Percayalah, sungguh ini ketentuan dari-Nya.

Bersabar dab REDHA adalah kunci kebahagiaan.

Kullu min habibi khoir yakni SEGALA YANG DATANG DARI KEKASIH (ALLAH) ITU BAIK. Moga Puan Norsiah Mohamad, keluarga, rakan-rakan, saudara-mara dan guru-guru Allahyarham Adik Aminulrasyid bersabar dan redha dengan ketentuan-Nya.

Namun, sesekali kita tidak berserah pada TAKDIR. Ya, ajal maut di tangan ALLAH tapi kita diberi hak untuk memilih. Perjuangan menuntut KEADILAN buat Adik Aminurrashid pasti dan pastinya akan terus bergelojak.

Thursday, April 29, 2010

Keadilan Buat Adik Aminulrasyid Amzah


Di manakah patut ku mulakan coretan ini. Aku seakan tak pasti selepas kepeningan memikirkan kenapa dunia sekarang suka sangat mengambil jalan singkat untuk menghapuskan atau memberhentikan sesuatu tanpa memikirkan kontra di sebalik tindakan sebegitu.

Memikirkan akan ibu kepada Adik Aminulrasyid yang mati ditembak oleh pihak polis PDRM untuk menerima kenyataan bahawa anak bongsunya sudah tiada lagi pasti begitu perit sekali untuk di terima akal.

Pasti dan pasti si ibu bertanya apakah salah anaknya ini sehinggakan dihukum sedemikian rupa. Apakah PDRM sudah kekeringan otak untuk memikirkan cara terbaik bagi menangkap Adik Aminulrasyid yang dianggap penyamun berbanding mengambil jalan mudah sebegitu.

Sungguh tidak ada langsung belas kasihan polis tersebut terhadap Adik Aminulrasyid yang begitu naif dalam belajar hakikat hidup ini.

Coretan ku kali ini juga seakan-akan mengimbau bagaimana sedih dan marahnya aku terhadap DURJANA yang telah mendera dan membunuh Adik Syafiah Humairah kira-kira 2 bulan yang lalu. Oh Malaysia ku!

Teman, pasti bila kita melihat gambar Adik Aminulrasyid, hati kita pasti terdetik jika insan sebegini rupa sudah dianggap PENJENAYAH, apakah lagi yang tinggal buat insan yang berhati mulia. Jangankan menyamun, pegang PARANG pun tak pasti lagi adik ni mampu buat. Begitulah perbandingan yang aku boleh buat di sini.

Moga roh mu ALLAH tempatkan dalam kalangan orang-orang yang SOLEH wahai Adik Aminulrasyid…

Apa pun pendirian kebanyakan orang, aku tetap menegaskan dalam hal ini si polis yang menembak itu adalah PESALAH yang tak boleh di ampuni. Mana mungkin sebegitu mudah polis boleh melepaskan tembakan pada sesiapa yang disyaki.

Adakah sudah hilang pertimbangan dan peraturan dalam melepaskan tembakan. Meskipun berdepan dengan PEROMPAK yang betul-betul merompak depan mata, polis tetap tidak BERKUASA melepaskan tembakan melainkan si PEROMPAK itu memulakan tembakan atau melakukan sesuatu yang membahayakan nyawa si polis itu. Adapun yang dibenarkan hanyalah tembakan amaran, bukan tembakan MEMBUNUH.

Jika kita merasakan si adik ini bersalah kerana dia melarikan diri dari polis, aku suka bertanyakan apakah PERASAAN sahabat-sahabat jika polis yang kejar?

Tambah-tambah lagi si adik ini tak berlesen dan kereta pula adalah kereta keluarga. Pasti dan pasti jika aku berada pada tempat si adik ini aku pun melarikan diri. Lagipun Adik Aminulrasyid langsung tak tahu yang dikejar polis adalah penyamun.

Dia budak, bukannya orang tua yang sudah cukup akal macam anggota POLIS itu. Jika kita cuba menghukum si adik ini atas kesalahan dia yang tak berlesen, itu hanyalah KESALAHAN yang begitu kecil berbanding nyawanya.

Adakah hukuman memandu tanpa lesen ialah TEMBAK sampai mati?

Relevan kah polis itu bertindak sedemikian?

Adakah latihan yang diterimanya sebelum menjawat jawatan itu mencukupi?

Sesal sungguh aku pada kes ini. Adik kecil yang sepatutnya menjadi harapan keluarga dan negara akhirnya dihukum sedemikian rupa. Ke manakah suara Menteri Dalam Negeri? Bukankah PDRM ni bawah seliaan dia. Aku sangat berharap dan berdoa agar kes ini diselesaikan tanpa adanya kepentingan POLITIK langsung dan biarlah batas KAUM hilang pada perjuangan menegakkan keadilan ini.

Pasti si ibu meratapi kehilangan Adik Aminulrasyid. Pasti sahabat handai Adik Aminurrashid menangisi kehilangan seorang rakan yang dikenali sebagai seorang yang begitu baik dan aktif. Pasti guru-guru Adik Aminulrasyid terkejut dengan kematian tragis anak didik mereka ini.

Dan jika aku berada dalam kalangan mereka, pasti aku mengalirkan air mata mengenangkan telatah dan gelak ketawa si arwah.

Ya, ini takdir dan ketentuan ALLAH. Namun KEADILAN mesti dan wajib dituntut. Jujur aku bosan dengan jawapan stereotype pihak polis jika ditanya iaitu,

“Bersabar, kes masih dalam siasatan”

Persoalannya, sampai bila?

Langsung tiada penegasan untuk mengambil tindakan pada si pelaku. Namun aku memuji langkah Ahli Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad di mana aku kira cekap dalam menangani situasi tegang ini. Beliau telah mengambil tindakan pantas dengan menelefon ketua polis Selangor serta meminta perlindungan buat saksi utama kes ini dari dipengaruhi mana-mana pihak dalam membuat kenyataan.

Jaminan ketua polis Selangor yang mahu anggota polis yang melepaskan tembakan itu di dakwa di bawah Akta Kanun Keseksaan adalah satu tindakan paling tepat. Kita mahu KEADILAN buat Adik Aminulrasyid dan keluarganya dapat ditegakkan. Boleh ikuti usaha beliau di sini, Keadilan Buat Aminulrasyid.

Aku sungguh pelik, sepertimana disuarakan oleh Presiden GAMIS, Ustaz Mohd Idris di mana jika mahasiswa terlibat dengan politik, polis begitu cepat dan cekap bertindak umpama lipas kudung untuk menangkap, menyiasat dan menyumbat ke lokap si mahasiswa terbabit.

Tapi jika kes sebegini, pihak polis begitu liat untuk mengambil tindakan yang TEGAS dan CEKAP sebagaimana para mahasiswa yang cintakan KEADILAN merasainya. Tolonglah wahai polis dan pihak yang bertanggungjawab, ketepikan kepentingan politik dalam kes ini.

Telus lah dalam bertindak kerana masyarakat sedang menilai. Tolonglah demi KEADILAN seorang remaja yang baru mula belajar erti kehidupan. Tolonglah demi SURVIVAL dan KEPERCAYAAN kami terhadap polis terus terpahat.

Buat keluarga Adik Aminulrasyid, bersabarlah dan berdoalah. Moga takdir ini ALLAH akan tunjukkan kepada kita semua akan hikmahnya. Percayalah betapa aturan Yang Maha Esa itu adalah yang terbaik. Terbaik buat semua.

Kullu min habibi khair. Sesungguhnya ALLAH bersama-sama dengan mereka yang bersabar. Ingatlah ketika ALLAH berfirman,

“Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar” 
Al-Baqarah: 153

Percayalah betapa KEADILAN itu pasti tertegak dan KEZALIMAN itu pasti dan pasti akan hancur. Doa ku pada adik kecil ini agar ALLAH menempatkannya bersama mereka yang diberi rahmat dan keampunan di sana. Tenanglah dikau di sana…

Tuesday, April 27, 2010

Ibrahim Ali, Rasisme dan PERKASA

Semakin hari semakin melampau puak PERKASA ini. Makin di biar makin dibuat-buat penyakit gila meroyan mereka ini. Senang-senang ketua mereka keluarkan kenyataan BODOH macam tak pernah belajar sejarah. Dia ingat Malaysia ni milik ketuanan KATAK kot.

Terjelir-jelir lidah membebel pasal demokrasi dan perlembagaan. Entah lulusan universiti mana dia ini. Dasar KATAK cium keris memang tak sedar diri.

Hmmm, aku tak tau apa nasib Malaysia kalau ketuanan KATAK ini terus dibiarkan bernafas. Kesian pada generasi mendatang. Malang betul suasana POLITIK kini yang berjaya melahirkan jaguh KATAK yang habuk pun tarak. Entah apa la yang KATAK ni tak puas hati. Cubalah jangan jadi mangkuk sangat.

“Amat wajar kerajaan tangguh dulu apa jua peruntukan dan kelulusan kepada masyarakat kaum Cina, terutama desakan-desakan MCA dan Gerakan kerana jelas masyarakat Cina di Hulu Selangor serta India tidak menyokong BN. Mereka langsung tidak hargai apa yang diberi oleh kerajaan BN walaupun kerajaan BN terpaksa mengguris hati orang Melayu dan Bumiputera,” ujar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas mengulas keputusan malam tadi yang memihak BN tetapi majoriti cuma 1,725 undi

KATAK oh KATAK, kau ingat BN ke yang bagi makan pada semua rakyat selama ini?

Peduli la mereka nak pangkah siapa. Kalau macam tu, baik tak payah ada pilihan raya. Mungkin itu kot KATAK ni harap. Memerintah selama-Lamanya sambil MEROMPAK harta RAKYAT selama-lamanya.

Baik katak ni hidup zaman Diktator Nazi atau Napoleon atau tinggal di negara KOMUNIS. Lagi senang tak payah susah-susah amaran 48 jam sana-sini. Memang dasar CERDIK tak boleh pakai, BODOH bertalu-talu.

Ini kalau MCA, MIC, GERAKAN cakap rasis mula lah KATAK gemuk ni mengamuk. Mulalah amaran 48 jam kalau tak akan diambil tindakan. Last-last bagi BUKU PERLEMBAGAAN suruh baca agar “reti” sikit sal perlembagaan.

Bunyi cam GURUH tapi PENGECUT nak mampus. Hidup menyusahkan negara je. Ini bukannya PERKASA, tapi PERKOSA. Habis nak memperkosa kan segala benda. Katak-katak ni elok bagi tahanan moral selama setahun kasi brainwash pasal PERLEMBAGAAN cukup-cukup.

Biar reti kalau nak buat kenyataan tu tolong tengok dulu IC sama ada warga negara Malaysia atau tak. Aku nak tengok je sampai bila PERKOSA ni bertahan. Orang lain demo pasal Tony Blair, dia sibuk-sibuk tumpang popular. Orang dah lama demo bantah ISA, baru dia terhegeh-hegeh nak hantar memorandum.

Isu kalimah ALLAH pula bukan main lagi bertakbir sana-sini, tapi cam hampeh. Entah FAHAM ke tidak apa yang mereka tempikan itu, tak tahu la.

Kalau aku berada di kerusi MCA or MIC or GERAKAN, dah lama aku saman KATAK gemuk ini. ISLAM konon, cuba tanya tentang usul fiqah tengok boleh jawab ke tak.

Dan ini komen sahabat aku, Aniq pasal kenyataan katak ni,

“Ata… in d issue of ibrahim ali.. i noe dat ppl do acts based on reasons… 4 me.. as long as PAS did not counter or blame wut KATAK said.. i think there must b a hidden agenda dat ibrahim ali wants 2 fulfill despite PERKASA.. n.. based on wut u quote he said.. it clearly shows a few things :
  1. d absurd coalition in BN 4 which najib hv been denyin throughout d campaign..
  2. d double standards dat UMNO hv been practising 4 many year.. especially 4 voters dat didnt vote 4 them..
  3. d enormous amount of ‘investment’ BN hv by dividin them based on races which clearly shows how devide n conquer really work in BN..”

Bagai meludah ke langit, akhirnya hidung ku yang besar juga terkena air liur sendiri. Memang tak boleh pakai golongan ketuanan KATAK cium keris ini.

Mungkin betul teori KONSPIRASI yang di fikir-fikirkan iaitu katak-katak ini sengaja melakukan ini semua semata-mata menaikkan semangat PERKAUMAN di negara tercinta ini lalu memungkinkan Peristiwa 13 Mei berulang.

Lalu jika terjadinya dan TERMAKBULNYA cita-cita dan harapan KATAK-KATAK ini yang didalangi oleh mereka yang tak berhati perut yang sanggup menjual negara kepada Yahudi, maka saat itu negara akan diperintah secara TENTERA di mana mereka yang menguasai tentera boleh melakukan sewenang-wenangnya tanpa ada peraturan lain yang lebih tinggi.

Lalu secara automatik PILIHAN RAYA tak perlu dijalankan jadi tiadalah pesta demokrasi RAKYAT memilih PEMIMPIN langsung ini menjadikan mereka yang JAHAT ini terus berkuasa tanpa sekatan.

Tambah-tambah jika mereka berjaya merealisasikan perkara ini sebelum PRU ke-13 nanti. Sama-samalah kita mendoakan agar ALLAH memberi petunjuk kepada mereka yang TIDAK BERHATI PERUT ini dan menggagalkan cita-cita jahat lagi zalim ini.

Ingatlah, kita berasal dari bapak yang sama, ibu yang sama. Cuma ditakdirkan kita lahir pada warna kulit yang berbeza.

Cuba bayangkan jika kita ALLAH takdirkan lahir menjadi CINA atau INDIA atau lain-lainnya apakah perasaan kita jika ada pemimpin Melayu (baca: PERKASA DAN UMNO) yang “mengaku” ISLAM mengeluarkan kenyataan sebegini.

Cuba kita bayangkan jika ALLAH mentakdirkan Ibrahim Ali ini lahir sebagai Cina, agak-agaknya adakah dia sanggup mendengar kenyataan semacam itu?

Bumi Malaysia ini adalah milik kita bangsa Malaysia. Milik kita sebagai MANUSIA. Milik kita sebagai KHALIFAH yang ditaklifkan.

Tulisan aku ini tidak bermaksud aku menafikan Hak Keistimewaan Orang Melayu yang berkali-kali diperjuangkan oleh PERKASA ini tapi ingatlah perlembagaan itu langsung tidak menafikan HAK-HAK mereka yang berlainan warna kulit dengan kita.

Di manakah letaknya PERLEMBAGAAN MALAYSIA berbanding suruhan dan ajaran ALLAH SWT?

Jika pemimpin Melayu yang mengaku ISLAM sanggup mengetepikan ajaran Al-Quran dan Sunnah, maka apakah salah jika kita menolak ajaran PERLEMBAGAAN. Lagi-lagi ajaran perlembagaan versi PERKOSA KATAK GEMUK.

Ya, aku akan terus mempertahankan Artikel 15 Perlembagaan Malaysia tapi aku sesekali tidak akan melakukan perkara yang mencabul hak-hak dan tanggungjawab sosial aku sebagai orang ISLAM terhadap mereka yang bukan MELAYU.

Ke manalah suara mu itu akan dinilai wahai KATAK sekalian. Aku pun sangsi dengan niat sebenar KATAK-KATAK ini.

Insaflah sebelum ajal menjemput mu wahai KATA-KATAK dan mereka yang menjadi dalang pada semua permainan ini.

Insaflah betapa tinggi mana pun kita, pasti dan pasti kita akan sama-sama berbogel di depan ALLAH azza wajalla…

Insaflah betapa ALLAH berfirman di dalam surah al-Hujurat,

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)” 
al-Hujurat: 13

Insaflah….

Monday, April 26, 2010

Lawak Pencacai UMNO

Lawak ini dipetik dari artikel Cuit Utusan Melayu bertarikh 24 April 2010,

“Persoalan mengapa Terengganu, Sarawak dan Sabah lebih beruntung daripada Kelantan seperti kata Ku Li? 
Formulanya senang sahaja. Terengganu, Sarawak dan Sabah berada dalam kerajaan yang sehaluan dengan Pusat. Mereka semuanya BN-biru dan dacing. Dulu semasa Terengganu di bawah Pas-hijau dan bulan, pun bising juga soal wang minyak ini. 
Oleh itu, jika orang Kelantan mahu turut sama merasai imbuhan tunai itu, buatlah keputusan yang betul dalam PRU-13 kelak. 
Hafal formula ini (Tok Pa + Ku Li – Nik Aziz = RM). Orang Kelantan kan bijak-bijak belako”

Dan inilah dia pencacai UMNO yang lawak itu.


Baguslah kau sedar yang kau itu bodoh tapi janganlah ingat orang lain bodoh cam kau juga. Lebih baik engkau berhenti kerja dan balik tanam ubi belakang rumah. Ada la baiknya dari kau terus mengarut macam ni.

Susah betul manusia yang tak sedar diri ni…

Dasar Rakus & Rompak UMNO-APCO Membuahkan Hasil

Lewat malam semalam aku membuka laptop ini untuk mengetahui keputusan terkini PRK Hulu Selangor dengan harapan menggunung agar kemenangan RAKYAT bakal tercipta di daerah FELDA itu. Namun setelah membuka portal berita, aku tersentak di depan laptop seketika membaca keputusan yang tak sepatutnya keluar di screen laptop itu.

Lalu, fikiran ku mula berputar mengimbau kesungguhan para petugas RAKYAT di Hulu Selangor selama 2 minggu nyata tidak membawa impak yang besar. Ternyata penangan gulungan not-not kertas berwarna merah biru itu lebih menarik perhatian mereka para pengundi.

Biarlah, jika itu keputusan mereka…

Namun UMNO-APCO nyata tidak pernah bertaubat dari melakukan JENAYAH pilihan raya ini. Makin menjadi-jadi perangai Yahudi itu. Entah, syaitan mana yang merasuk UMNO-APCO itu. Biarpun menang kali ini, kita golongan RAKYAT sedar pasti menunggu bilakah UMNO-APCO yang dinakhoda oleh Big Mama ini akan melunaskan hutang RM150 juta yang ditabur semasa kempen kepada rakyat Hulu Selangor.

Aku nak tengok adakah SRJK(Cina) yang dijanjikan RM3 juta mendapat habuannya pada kali ini atau hanya sekadar mainan BIBIR sahaja. Aku pun nak tengok adakah semua penduduk FELDA di Hulu Selangor akan mendapat tanah dan geran yang sempurna sebagaimana yang dijanjikan itu.

Kalau tak tunaikan, aku terus akan cakap inilah MUNAFIQ terbesar di Malaysia. Orang macam ini tak perlu diberi tempat dalam masyarakat. Lebih elok kalau campak ke laut je kasi ikan makan.

Kata Muhyiddin Yassin, “Kali ini kita berhadapan dengan UPHILL BATTLE.”

Tengok dari gaya cakap cam BN ni tak pernah main “baik” dalam PRK. Kemang dasar UMNO-APCO yang cakap dia sudah macam Yahudi laknatullah. Aku nak tengok sama ada Kamal+Alan+Nathan masih lagi sanggup berjoging di depan rumahnya tiap-tiap hari kemudian siram pokok bunga mak cik di sebelah rumah kemudian pergi tolong tebar roti canai di warung depan rumahnya kemudian buat pengamatan yang Maha Tajam tentang pembangunan rumah dan bangunan terbiar di tepi jalan menghala ke Genting Highland 2 kemudian memastikan semua janji BN kali ini tertunai.

Kalau time pilihan raya projek menurap jalan raya rancak sangat berjalan, aku harap hari ini kerja-kerja itu masih lagi berjalan agar ia tak jadi mi segera jah. Kesian pada orang-orang tua yang tinggal di FELDA. Di tipu memanjang.

Buat mereka yang TEWAS semalam, sebenarnya mereka langsung tak tewas pada jiwa-jiwa RAKYAT yang merdeka. Tunggulah kebangkitan para REVOLUSIONER yang lahir akibat jerit perih PRK kali ini. Kalah sudah biasa buat RAKYAT, cuma kemenangan itu jadi bonus.

RAKYAT berhadapan dengan gerombolan yang rakus merompak hak RAKYAT lalu menaburkan not-not kertas sebagai galang ganti. Sudah tentu umpama kita bermain di sebuah padang bola yang tidak rata. Berlubang sana sini, berbonggol-bonggol.

Pengadil itu bapa dia, penjaga garisan itu bapa saudara dia, bola itu dia yang punya, stadium pun milik datuk angkat dia, penyokong semua anak beranak dia, kemudian pihak lawan asyik di layang kad merah tanpa sebab. Confirm, sampai kiamat tak kan menang.

Dengan harapan RAKYAT makin menggunung, marilah kita sama-sama menongkah arus KERAKUSAN ini demi menyaksikan sebuah perubahan yang bakal dinikmati oleh anak cucu akan datang langsung menutup mulut-mulut mereka daripada menyumpah seranah akan kegagalan datuk nenek mereka melakukan perubahan untuk menjamin mereka dapat bernafas dalam sebuah kelompok komuniti yang SUCI citra demokrasinya, mapan eko-politiknya.

RAKYAT makin sedar dan pastinya kami golongan MAHASISWA akan terus bersepadu tenaga memastikan cita-cita RAKYAT ini tercapai. Tewas sebuah pertarungan, kita akan menang sebuah PEPERANGAN.

Insya ALLAH…

Wednesday, April 21, 2010

UMNO Baru Belajar Arak Hukumnya Haram

Kasihan, buat rugi je ada Biro Agama dalam UMNO selama ni. Apa yang mereka buat? Tak pelik la kenapa lesen pusat-pusat judi dengan arak asyik lulus. Tahu pula nak sembang soal hukum arak itu haram, bila dapat tahu Zaid Ibrahim itu kaki minum.

Habis selama ini siapa yang benarkan semua itu bertapak di Malaysia?

Untung UMNO pasal Hulu Selangor tu memang Hulu. Nak baca blog jauh sekali. Apatah lagi Malaysia Kini. Akhirnya Utusan Melayu dan Berita Hairan juga jadi santapan. Senang la hangpa ni perbudakan pengundi Hulu Selangor.

Tapi aku nak ungkit di sini pasal hukum ARAK dan JUDI. Rupanya UMNO baru sedar hukumnya selama ini. Siapa yang bagi lesen judi, lesen buka kilang arak, lesen buka kasino terbesar, lesen kelab malam dan seumpamanya kalau bukan UMNO-APCO?

Mungkin selama ini hangpa ni tahu. Husnu dzan lah dengan UMNO ini. Kalaulah benar UMNO dah sedar, keluarga Lim Goh Tong pemilik kasino terbesar di Asia Tenggara ni bolehlah bersiap-sedia menutup Genting Highland kerana BERKEMUNGKINAN BESAR lesen mereka akan ditarik oleh UMNO. Maklumlah, sudah insaf.

Anak Mahathir, Mokhzani yang jadi ahli lembaga pengarah St. Miguel, syarikat pembuat arak terbesar di Asia Tenggara bolehlah meletak jawatan kerana UMNO dah isytihar ARAK tu haram.

Kilang Carlsberg di Shah Alam boleh la cepat-cepat habiskan stok lama dan hentikan pengeluaran sekarang pasal lesen perniagaan mereka bakal ditarik balik oleh UMNO tidak lama lagi.

Pusat-pusat polo dan judi lumba kuda bolehlah sembelih kuda masing-masing dan buat kari cecah dengan roti Benggali kerana UMNO sudah bertaubat sekarang.

Lembaga Totalisator Malaysia bolehlah dibubarkan terus pasal negara ini bebas sudah dari hasil HARAM lagi MENGHARAMKAN ini.

Rum Jungle, Bar & Restaurant, Beach Club Cafe, Thai Club & Bistro, Passion atau manjanya Padi House bolehlah bersiap-sap tutup kelab masing-masing pasal lesen BAKAL ditarik semula oleh Raja Nong Chik kita.

Mana boleh semua ini dibiarkan beroperasi lagi, kerana UMNO sudah mengatakan ia HARAM!

Untung ISLAM kali ini asbab dari PRK Hulu Selangor. Hidayah ALLAH tu datang tanpa diminta pun

Saturday, April 17, 2010

Kita Buta Kerana Kita Lupa

Entah mengapa hari ini aku mendengar satu ayat ALLAH yang sama ketika khutbah Jumaat tengah hari tadi dan kuliah Maghrib di Masjid UKM tadi. Seakan memanggil minda aku berfikir musabab ALLAH mentakdirkan aku untuk menghayati kalimah itu pada 2 masa yang berlainan tetapi motif penyampaian yang sama.

Khatib memulakan khutbahnya dan ustaz memulakan kuliahnya dengan sepotong ayat dari surah Taha,
“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta” 
Taha: 124
Buta bila dibangkitkan. Lalu mereka bertanya pada tuhan yang Esa mengapa ini terjadi?

Kerana engkau ingkar dan berpaling.

Berpaling dari apa?

Kitab ALLAH dan sunnah Rasulullah.

Ya ALLAH sesungguhnya hamba-Mu ini seringkali berpaling tadah dari surat-surat kalam-Mu itu. Renungan dan muhasabah buat diriku dan sahabat-sahabat semua betapa kita berada di dunia ini adalah kerana pinjaman sementara dari Dia dengan aturan dan peraturan yang telah siap tercipta.

Siapa kita nak bermimpi agar dapat hidup bebas dengan aturan sendiri. Jika nyawa pun Dia yang pegang jadi apakah lagi yang tinggal untuk kita. Moga keampunan dan rahmat-Nya senantiasa berlegar di sisi kita.

Situasi dewasa ini melambangkan betapa manusia makin jauh meninggalkan apa yang termaktub dalam Kalam dan Sunnah Rasul. Aku ingin mengajak sahabat-sahabat untuk kita menilai kembali diri kita tika ini lantaran pelbagai BERHALA yang merasuk dan bertapak dalam hati kita yang menjadi asbab kita makin jauh dari-Nya.

Oh tuhan, Malaysia ku kini bagaimana?

Statistik anak luar nikah yang BERDAFTAR pada tahun 2009 ialah 17833 orang!

Anggaran sejam 48 orang anak tidak sah taraf dihasilkan. Setanding dengan Amerika. Itu belum dikira mereka yang berdaftar dengan tong sampah, sungai, longkang, kaki lima dan masjid. Pengulangan amalan jahiliah tika Muhammad belum diutuskan begitu berleluasa tanpa sekatan. Malah polanya makin meningkat secara “matang”.

Jauh sekali nak menyalahkan sesiapa cuma ingin memperingati diri sendiri bahawa kita MESTI dan WAJIB menjaga segalanya dengan berpandukan Quran dan Sunnah. Inilah akibatnya bilamana manusia berpaling dari-Nya. Kata seorang ulama, “Jauhnya manusia dari Quran merupakan sebab kepada bercelaru kehidupan manusia itu.”

Nah, apakah lagi kita mahu menafikannya?

Belum lagi mengaitkan dengan kegagalan negara untuk melahirkan modal insan TARBIYAH demi kelangsungan dakwah di bumi Malaysia yang tercinta ini. Permodelan SIASAH yang selari dengan acuan Quran dan Sunnah. Manifestasi GOOD GOVERNANCE dalam setiap gerak kerja dari sekecil-kecil hal kepada sebesar-besar perkara dan segalanya menurut QURAN dan SUNNAH.

Sentuh ustaz di kuliah tadi ialah berkenaan AKHLAQ. Quran dan sunnah mengajar dengan sempurna apakah itu AKHLAQ yang sebenar. Bukan pelengkap tetapi ianya IBADAH, merupakan juzuk penting kepada ISLAM. Tanpanya mana mungkin kita mampu mencium bau syurga.

Contoh senang yang di bawa oleh ustaz tadi ialah bagaimana seorang wanita yang hebat ibadatnya namun Rasulullah menyenaraikan dia dalam senarai ahli neraka. Sebabnya mudah iaitu dia gagal menjaga AKHLAQ nya dengan kucing peliharaannya. Muda. Bagaimana mana pula dengan diri kita?

Hilang akhlak pada ibu bapa kita. Hilang akhlak pada guru-guru kita. Hilang akhlak pada sahabat handai kita. Mana bahagian kita di syurga nanti?

Perkhabaran khatib dalam khutbah tadi cukup menyentuh perasaan aku sebagai hamba yang tak lepas dari melakukan kesilapan. Ya ALLAH keampunan-Mu jadi talian hayat ku. Islam melengkapi segenap zarah kehidupan. Di dunia kita butakan mata kita pada ajaran-Nya maka kelak bangkitnya kita di Mahsyar dalam keadaan BUTA maka tentu adil sekali balasan itu.

Mengapa kita dengan angkuh cuba melawan apa yang telah diaturkan dengan sempurna itu. Ya, tak dinafikan kita bukanlah Nabi Yusuf yang tegar menolak peluang menikmati tubuh isteri pembesar Mesir meskipun terbuka “bebas” untuknya. Dan kita juga bukanlah Rabiatul Adawiyyah yang bisa mengatakan, “Aku memerlukan sekali Istighfar lagi untuk Istighfar aku yang tadi.”

Jika itu alasan kita maka gagal jawapannya. Mereka adalah mereka dan kita masih dengan diri kita. Syariat yang sama bukan. Kalam yang sama bukan, tapi mujahadah jadi pembeza yang nyata. Syurga itu manis maka mujahadah itu pahit penangan nya.

Jika menjadikan darjat sebagai alasan maka elok bagi kita untuk terus berada pada jalan yang penuh celaru ini. Tak perlu berbicara panjang lebar. Noktah dan terimalah pembalasannya. Namun kita adalah hamba yang diberi nilai tambah yang bukan semua manusia dapat menikmatinya iaitu ISLAM dan IMAN.

Maka wajib atas diri kita untuk mencari harga sebenar mujahadah demi menjamin kita sentiasa berada dalam lindungan kalam-Nya dan balutan sunnah Rasulullah. Oh Tuhanku sesungguhnya engkaulah tuhan yang Maha Menerima Taubat.

Ustaz tadi turut membacakan potongan ayat-Nya tentang sebuah analogi berkenaan mereka yang GAGAL mengikut ATURAN yang sempurna ini,
“Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah – atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?. Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur” 
al-Mulk: 22-23
Orang yang tahu kaki itu digunakan untuk berjalan pasti berjaya menggunakannya dengan betul tetapi mereka yang tidak tahu apakah gunanya mereka ada sepasang kaki, pasti mereka cuba menggunakan kepala mereka untuk berjalan.

Selari dengan tuntutan yang telah dipacakkan sejak azali lagi itu jika diikuti pasti umpama kita berjalan menggunakan kaki kita bukan dengan anggota yang lain. Tak perlu cari fasal.

Semudah itu ALLAH memberi analogi kepada kita agar berfikir tentang akibat jika kita lari jauh dari-Nya.

Mudahnya, aku ingin sekali mengajak sahabat-sahabat semua untuk kita sentiasa merenung dan merenung pada diri kita adakah kita sudah berada pada landasan-Nya seperti yang sepatutnya.

Adakah kita sudah menunaikan hak-hak yang sewajibnya kita tunaikan pada semua yang berhak?

Dan apakah kita sering memikirkan tentang akibat yang bakal kita terima lantaran kedegilan kita untuk menurut perintah-Nya tak kira di dunia dan akhirat?

Lantaran itu nasihat ini khas untuk diriku dan sahabat-sahabat semua kerana tak mahu kita BUTA kerana kita LUPA. Sesungguhnya peringatan itu berguna untuk setiap Muslim.

Teringat aku akan kata-kata naqib ku dalam setiap kali usrah, “Bina lah negara ISLAM dalam diri mu terlebih dahulu nescaya pasti tertegak negara ISLAM dalam masyarakat nanti.”

Friday, April 16, 2010

Don’t Give Up, ALLAH is Always With Us

When you fell down, or distress, or off guard or anything frustration, but happiness, indeed remember ALLAH always with us. ALLAH won’t let us down as if the peoples around us does. We as servants is no more than a man who never stop the quest for meaning.

The real meaning in our life. He is testing us as just to let us grow up the understanding of our faith in Him. Upon He is the greatest forgiveness and merciful.

To all my lovely friends, I dedicate this special song from my deep heart to all of you. The lyric itself tells us everything and hope you will enjoy it.

♫♫♫
Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost
That you’re so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never lose hope
Cause Allah is always by your side
Insya ALLAH, Insya ALLAH you’ll find your way
Every time you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
You’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never lose hope
Cause ALLAH is always by your side
Insya ALLAH you’ll find your way
Turn to ALLAH
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Oooo Ya ALLAH
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way
Insya ALLAH we’ll find the way…
♪♪♪

O my Lord, grant us pardon, love, compassion, pleasure, mercy, and blessings always. There is no GOD but ALLAH. Give us strength to continue this struggle and, even though, the storm did not stop. You know the best for us.

Wednesday, April 14, 2010

Pengertian Cinta dan Pengorbanan

Pada peristiwa Baiat Aqabah ke-2, 70 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari Madinah telah berjanji setia kepada Rasulullah. Di antara 70 orang lelaki tersebut termasuklah Habib bin Zaid dan ayahnya (Zaid bin Ashim). Sedangkan 2 orang wanita itu adalah ibunya (Nusaibah binti Ka’b) dan makciknya.

Habib merupakan seorang mukmin yang sejati. Keimanan telah mendarah daging pada dirinya. Semenjak Nabi berhijrah ke Madinah, beliau tidak pernah tertinggal walaupun satu peperangan dan tidak pernah menolak tugas yang diberikan.

Pada suatu ketika, di selatan jazirah Arab muncul dua pembohong besar yang mengaku sebagai Nabi dan mengajak pada kesesatan. Seorang di Shan’a, iaiyu Aswad bin Ka’b aI-Ansi dan seorang lagi di Yamamah, iaitu Musailamah aI-Kadzdzab.

Keduanya menghasut para pengikutnya untuk memusuhi orang yang masih beriman kepada Nabi Muhammad saw serta utusannya yang datang untuk berdakwah kepada mereka. Mereka melecehkan kenabian dan menebar kerosakan dan kesesatan di muka bumi.

Pada suatu hari, Rasulullah didatangi seorang utusan Musailamah dengan membawa sepucuk surat yang berisi,

“Kepada Muhammad utusan Allah. Salam sejahtera untukmu. Saya telah diangkat menjadi sekutumu dalam urusan kenabian. Karena itu, kami berhak memiliki separuh wilayah dan orang-orang Quraisy berhak memiliki separuh wilayah. Akan tetapi, orang-orang Quraisy melampaui batas”

Rasulullah memanggil salah seorang daripada sahabat yang boleh menulis, lalu menyuruhnya untuk menulis jawabannya,

“Bismillahirrahmanirrahim. Dari Muhammad Rasulullah SAW. Kepada Musailamah al-Kadzdzab (si pembohong). Salam sejahtera bagi orang yang mahu mengikuti petunjuk. Sesungguhnya, bumi ini adalah milik Allah. Diwariskan kepada siapa yang dikehendaki dan kesudahan yang baik berada di pihak orang-orang yang bertakwa.”

Kata-kata Rasulullah saw bagai cahaya pagi yang membuka aib si pembohong dari bani Hanifah itu. Ia telah keliru ketika menganggap kenabian seperti kerajaan, hingga menuntut separuh wilayah kekuasaan dan separuh jumlah penduduk.

Jawapan Rasulullah saw itu dibawa oleh utusan Musailamah dan diberikan kepada Musailamah. Membaca surat itu, Musailamah tidak menjadi insaf, tetapi semakin sesat dan menyesatkan.

Sang pembohong itu masih menyebarkan kebohongan dan kepalsuannya, gangguan dan hasutan terhadap orang-orang beriman semakin menjadi-jadi. Lalu, Rasulullah mengirimkan surat peringatan agar kebodohan itu dihentikan. Habib bin Zaid terpilih sebagai pengantar surat itu kepada Musailamah. Habib sangat gembira menerima tugas itu. la berharap Musailamah sedar sehingga secara automatik beliau mendapat pahala besar karena turut terlibat dalam menyedarkan Musailamah.

Habib tiba di tempat tujuan. la sampaikan surat itu kepada Musailamah.

Musailamah membaca dengan cermat. Namun, cahaya hidayah yang terpancar dari surat tersebut tidak mampu memberi kebaikan kepadanya, sehingga dia semakin hanyut dalam kesesatan dan kepalsuannya.

Kerana Musailamah tidak lebih dari seorang pembohong besar dan penipu ulung, maka sifat yang dimiliki hanyalah sifat sang pembohong dan penipu. Ia sama sekali tidak menghormati etika yang berlaku. Tanpa rasa malu, ia membunuh utusan penghantar surat, padahal membunuh utusan adalah tindakan tercela bagi bangsa Arab saat itu.

Sudah banyak pelajaran tentang kepahlawanan yang disuguhkan Islam, dan kali ini Islam ingin menambahkan satu judul lagi, Habib bin Zaid. Dialah teman sekaligus guru kita, agar benar-benar dihayati oleh seluruh manusia.

Musailamah sang pembohong itu mengumpulkan kaumnya pada hari yang telah ditentukan. Dia memanggil Habib bin Zaid yang penuh bekas siksaan para algojonya. Dengan siksaan itu, mereka berharap Zaid mengubah akan pendiriannya.

Menurut penilaian Musailamah, Habib sudah menyerah dan tidak akan menolak jika diminta untuk mengakui kenabiannya di depan orang ramai. Dengan demikian, seakan-akan itu adalah mukjizat yang diberikan kepadanya, dan kaumnya yang selama ini ditipunya akan semakin tertipu.

Musailamah bertanya kepada Habib, ”Apakah kamu bersaksi bahwa Muhammad itu utusan ALLAH?”

Habib menjawab, “Ya, aku bersaksi bahwa Muhammad itu utusan ALLAH.”

Wajah Musailamah langsung pucat.

Musailamah kembali bertanya, “Apakah kamu juga bersaksi bahawa aku adalah utusan ALLAH?”

Dengan mencebir, Habib menjawab, “Aku tidak mendengar.”

Wajah Musailamah semakin merah padam. Rancangan jahatnya sama sekali gagal. Siksaan yang begitu berat tidak mengubah pendirian Habib. Dalam usaha untuk mempertontonkan mukjizat palsunya di depan umum, dia mendapat tamparan keras yang membuatnya tercampak kelembah kehinaan.

Musailamah menjadi terlalu marah.lalu ia perintahkan algojonya untuk membunuh Habib. Tubuh Habib dicincang sepotong demi sepotong. Namun bibir Habib tidak pernah lepas dari ucapan, “La ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah”

Seandainya waktu itu Habib menyelamatkan dirinya dengan berpura-pura mengikuti keinginan Musailamah, dengan tetap beri’tikad keimanan dalam hatinya, itu sama sekali tidak mengurangi kualiti keimanannya dan tidak menggugat keislamannya.

Akan tetapi, Habib adalah seorang lelaki yang turut serta dalam Bai’at Aqabah bersama ayah, ibu, saudara, dan makciknya. Sejak saat itu, ia sudah mengemban tanggung jawab bai’at dan keimanan secara sempuma, tanpa memikirkan nasib diri dan nyawanya.

Baginya, kesempatan ini adalah kesempatan terbaik untuk mencapai puncak tertinggi dari kehidupannya. la ingin merasakan nikmatnya ketegaran, kepahlawanan, pengorbanan, dan kesyahidan dalam mempertahankan kebenaran. Sebuah kemenangan yang lebih indah dari semua kemenangan duniawi.

Berita kesyahidan Habib akhirnya sampai kepada Rasulullah. Baginda tabah dalam menghadapi takdir Allah. Baginda telah melihat nasib sang pembohong itu, bahkan melihat tempat kematiannya.

Adapun Nusaibah binti Ka’ab, ibunda Habib, ketika mendengar berita kematian anaknya, menahan kemarahan cukup lama, lalu bersumpah menuntut bela. la bertekad menancapkan sendiri tombak dan pedang ke tubuh Musailamah.

Langit menjadi saksi kekecewaan, kesabaran dan ketabahan wanita ini. Sejak saat itu, ia bertekad untuk berada di samping wanita itu untuk melaksanakan sumpahnya.

Waktu pun bergerak dengan cepat dan terjadilah pertempuran Yamamah.

Khalifah Abu Bakar menyiapkan pasukan besar yang akan dikirim ke Yamamah. Nusaibah turut serta dalam pasukan itu, kemudian turut berjuang di medan perang. Pedang di tangan kanannya dan tombak di tangan kirinya. Sedangkan bibirnya selalu meneriakkan, “Di mana musuh Allah, Musailamah?”

Tatkala Musailamah terbunuh dan pengikutnya berguguran bagai daun kering berjatuhan dari pepohonan, bendera Islam makin berkibar tinggi. Nusaibah yang badannya penuh luka dengan sebatab pedang dan tombak berdiri tegak di sana. Ia mengingat wajah anaknya tercinta. Ia seakan melihatnya memenuhi semua ruang dan waktu. Setiap kali ia memandang bendera kemenangan yang berkibar, ia melihat wajah anaknya ikut berkibar dan tersenyum penuh kemenangan.

Inilah catatan kisah cinta dan pengorbanan dalam Islam. Inilah pengertian cinta yang hakiki. Moga kita menjadi sepertinya!

Saturday, April 10, 2010

Maher Zain's Hold My Hand

♫♫♫

I hear the flower’s kinda crying loud
The breeze’s sound in sad
Oh no
Tell me when did we become,
So cold and empty inside
Lost a way long time ago
Did we really turn out blind
We don’t see that we keep hurting each other no
All we do is just fight
Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Children seem like they’ve lost their smile
On the new blooded playgrounds
Oh no
How could we ignore , heartbreaking crying sounds
And we’re still going on
Like nobody really cares
And we just stopped feeling all the pain because
Like it’s a daily basic affair

Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

No matter how far I might be
I’m always gonna be your neighbor
There’s only one small planet where to be
So I’m always gonna be your neighbor
We cannot hide, we can’t deny
That we’re always gonna be neighbors
You’re neighbor, my neighbor
We’re neighbors

So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind

So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you…

♫♫♫

Masha ALLAH, what a beautiful song!

ALLAH says in Quran:

“O ye who believe! Be Allah’s helpers, even as Jesus son of Mary said unto the disciples: Who are my helpers for Allah ? They said: We are Allah’s helpers. And a party of the Children of Israel believed, while a party disbelieved. Then We strengthened those who believed against their foe, and they became the uppermost.” 
As-Saff: 14

Keep believe and ALLAH will never ignore you!

Thursday, April 8, 2010

Muhammad SAW: Genius & Ideal (Bahagian 4)

Jibrail turun memeluk baginda dan memaksa membaca firman ALLAH yang pertama. Simbolik betapa ilmu dan kejayaan memerlukan kekuatan dan ketabahan segalanya.

Dan ingatlah ketika ALLAH SWT berfirman,
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhan mu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhan mu lah yang Paling Pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.” 
Al-Alaq: 1-5
Namun tuhan itu bijak dan hebat psikologinya. Menjadikan pesuruhnya keluh kesah bila mana wahyu kedua yang ditunggu-tunggu tidak kunjung tiba.

Al-Bukhari meriwayatkan di dalam kitab al-Tabir,
“Dan wahyu pun tertangguh beberapa ketika menyebabkan Baginda berduka, mengikut maklumat yang sampai kepada kita, bahawa Rasulullah tersangat berduka, sehingga mendorong Rasulullah berkejar berkali-kali ke puncak bukit, hendak menghumbankan diri namun bila mana sampai di puncak untuk mencampakkan diri, Jibrail pun menampilkan diri sambil berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya engkau adalah utusan ALLAH yang sebenar. Dengan itu gelora hatinya kembali tenang dan jiwanya kembali tenteram, dengan itu Baginda pulang semula ke rumah, sekali lagi bila wahyu tertangguh kembali pula Baginda dilanda perasaan gundah dan dukacita, berulang pula Baginda ke kemuncak bukit dan sekali lagi Jibrail menampakkan dirinya seraya melaung ungkapan yang sama kepada Rasulullah”
Lalu timbul rasa rindu Baginda akan wahyu dan hilang gerunnya terhadap peristiwa itu lalu melenyapkan rasa kehairanan yang melanda batang tubuh insan GENIUS ini.

Al-Bukhari meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah bahawa beliau telah mendengar Rasulullah menceritakan mengenai penangguhan wahyu dengan sabdanya yang bermaksud,
“Di ketika daku sedang berjalan tiba-tibaku terdengar satu suara dari langit maka ku pun mengangkat pandangan ku ke arah langit, tiba-tiba malaikat yang mendatangi daku di gua Hira dahulu sekali lagi ku lihat nya sedang duduk di atas kursi di antara langit dan bumi, daku terkejut dan tergamam hingga terjatuh ke bumi, kemudian aku segera pulang menemui keluarga dengan meminta: Selimutkan lah daku, selimutkan lah daku, selimutkan lah daku!”
Disusuli dengan turunnya ayat Allah,
“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhan mu, maka ucap lah dan ingatlah kebesaran-Nya! Dan pakaian mu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.” 
al-Muddadstsir: 1-5
Maka bermulalah episod baru dalam kehidupan insan yang bernama Muhammad ini. Misi dan visi terlampau besar namun ALLAH tahu siapakah hambanya yang layak memikul tanggungjawab itu. Bermulalah dakwah nya di bumi Makkah di celah-celah sempitan jahiliah dan kemondokan masyarakat sekitar.

Kebijaksanaan baginda menyusun strategi bagi berdepan masyarakat ketika berdakwah cukup cantik untuk diteladani. 3 tahun baginda bersabar dengan menyampaikan secara rahsia memaparkan secara jelas betapa kerja dakwah dan perjuangan ISLAM tidak boleh dibuat secara semberono.

Namun ISLAM itu tidak menjadi rahsia buat selamanya. Tiba masa ALLAH telah memberi kebenaran untuk menyampaikan secara terang lagi nyata lalu baginda memutuskan untuk “berdemonstrasi” di atas puncak bukit Safar di depan semua khalayak yang hadir termasuklah makhluk yang paling membenci Rasulullah, Abu Lahab.

“Celaka engkau ya Muhammad… Kau memanggil kami semua ke sini semata untuk mendengar ini?!” herdik bapa saudara Baginda.

Berfirman tuhan yang Maha Mengasihani pada Muhammad SAW,
“Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. Tidaklah berfaedah padanya harta benda dan apa yang dia usahakan. Kelak dia akan masuk ke dalam api Neraka yang bergelojak. Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar. Yang dilehernya ada tali dari sabut” 
al-Lahab: 1-5
Yang Esa nyata tidak membiarkan diri insan IDEAL ini berseorangan melakukan tugasnya. Itu pasti betapa ALLAH sentiasa bersama-sama dengan mereka yang berkobar memperjuangkan agamanya. Ya, bukan kerja mudah.

Nyata seruan dakwah secara PIKET ini telah memberi satu dimensi kelainan buat para pejuang Islam sehingga ke hari ini. Nyata perbuatan baginda tidak bercanggah sama sekali dengan Al-Quran apatah lagi Sunnah. Kerana niat dan tujuannya tentu sekali benar lagi jitu.

Jadi bagaimanakah pula PIKET atau DEMOSTRASI yang dilakukan oleh sesetengah pihak yang bertujuan menyedarkan masyarakat tentang kebenaran sesuatu isu yang sedang melanda?

Adakah itu HARAM seperti menurut pendapat sesetengah orang?

Jika haram pasti dan pasti insan pilihan ini menolak cara sebegini.

Dalam perkara hakikat dan dasar aqidah, baginda tidak pernah berlembut dalam memberi penerangan dan berusaha menegakkannya. Tidak pernah berlembut dalam erti kata memberi penjelasan secara masak, terus-terang, tegas, yakin dan yang paling penting tidak menjauhkan orang daripada ISLAM.

Lantaran itu PIKET baginda telah menggoncangkan serata pelosok Makkah. Manakan tidak ketegasan baginda telah menyentap hati-hati yang beku dan lalai itu daripada nilai kebenaran kepada perasaan ingin tahu apakah itu ISLAM.

Adapun sikap mereka yang suka mengambil jalan sambil lewa dalam berdakwah pasti dia bercita-cita mahu melihat ISLAM terkubur dalam masyarakat ini. Jika semua perkara kita perlu bertoleransi meskipun kita sedar kebenaran dan keadilan tidak dapat ditegakkan pasti mengundang padah yang lebih besar terhadap ISLAM terutama kepada generasi mendatang.

Tanggungjawab kita sebagai mereka yang sedar tika ini perlulah akur betapa hakikat sekarang bukan lagi masanya untuk kita terus menyorok di bawah tika KEZALIMAN dan PEMERKOSAAN berleluasa di merata tempat. Rasulullah telah memberi gambaran yang jelas apakah wasilah dalam berdakwah yang patut kita gunakan tika semua manusia lalai dan layu hatinya.

ALLAH berfirman dalam Quran yang benar,
“Oleh itu, sampaikan lah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepada mu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu. Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawal mu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakan mu,(Iaitu) mereka yang mengadakan tuhan yang lain bersama-sama Allah, maka mereka akan mengetahui kelak (akibatnya).Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan. Oleh itu, bertasbih lah engkau dengan memuji Tuhan mu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud. Dan sembahlah Tuhan mu, sehingga datang kepada mu (perkara yang tetap) yakin.” 
aL-Hijr: 94-99
BERTERUS-TERANG dengan perkara yang BENAR. Pasti ALLAH membantu mu wahai pejuang agama yang mulia ini.

Nyata strategi baginda telah berjaya menyedarkan para penzalim betapa ISLAM tidak mengajar pengikutnya menjadi pengecut. Tidak sama sekali. Maka berbondong-bondong lah puak penzalim ini bermesyuarat untuk menyekat usaha insan GENIUS ini.

Berdepan dengan manusia yang paling amanah dan sangat benar adalah satu kesulitan yang amat sangat buat mereka yang sudah sebati dengan jiwa PENIPUAN dan PENYELEWENGAN ini. Brainstorming demi brainstorming dilakukan semata untuk menyekat usaha baginda.

Ini sunnah orang berjuang. Jika dulu baginda berperang dan bermusuh dengan mereka yang membenci ajaran ISLAM meskipun tidak lain tidak bukan mereka yang menentang itu adalah kaum kerabat baginda sendiri. Begitu juga masa kini, mereka yang “berjuang” menghapuskan dan melemahkan golongan yang cintakan ISLAM ini tidak lain tidak bukan adalah mereka yang mengaku ISLAM juga.

Jika di tanya apakah mereka percaya ALLAH itu tuhan mereka pasti dan pasti jawapannya YA malah mungkin lebih jitu dan mantap jawapannya. Malah jika ditanya apakah mereka mencintai Rasulullah pastinya dijawab cinta mereka pada insan ini melebihi cinta sesiapa sahaja, hebat bukan?

Namun bila diajak berbicara tentang permasalahan ummah dan penyelesaiannya melalui Quran dan Sunnah seakan ada alasan lain yang menidakkan cinta mereka pada insan MULIA ini.

Inilah saat untuk kita semua bermuhasabah kembali adakah kita benar-benar jatuh cinta pada insan IDEAL dan GENIUS ini.

Bersambung…

Rujukan:
  1. Fiqh Harakah karangan Tuan Guru Haji Hadi
  2. Laman web www.dakwah.info