Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2010

Syurga Menantimu, Adik Syafiah Humaira!

Moga ALLAH memberi yang terbaik buat adik Syafiah Humaira. Pasti dan pasti syurga menantikan kehadiran mu wahai adik ku.

Malu untuk aku mengaku mereka yang melakukan ini sejantina dengan ku. Oh tuhan di manakah KEMANUSIAAN mereka. Jujur air mata ku menitis membaca perkhabaran ini lantas ingin sekali aku berkongsi dengan sahabat-sahabat betapa kita adalah insan yang dipilih ALLAH kerana masih berada dalam lingkungan IMAN dan ISLAM. Manis dan comel wajah adik ini membayangkan betapa sucinya dia dari dosa mereka yang durjana itu.

Syurga Menantimu, Adik Syafiah Humaira!

Aku bukan nak menghukum sesiapa tetapi inilah hakikat bila mana undang-undang dan syariat gagal dilaksanakan oleh mereka yang bertanggungjawab dalam negara ini.

Adik ku ini telah didera, dipukul, dipijak dan diseksa oleh manusia durjana itu teman lelaki kepada ibunya.

Masih mampu menipu petugas hospital, tempat yang dia hantar Syafiah Humairah setelah didapati badan si kecil ini sudah lumat tidak mampu lagi menanggung deri…

Muhammad SAW: Genius & Ideal (Bahagian 3)

Kisah cinta itu terus subur dan mekar. Dalam kegawatan jiwa menyaksikan kebobrokan masyarakat sekitar. Dan ingatlah ketika ALLAH SWT berfirman,
“Ya tuhan kami, utus lah untuk mereka seorang Rasul dari kalangan mereka yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau dan mengajar kepada mereka al-Kitab (al-Quran) dan hikmah serta menyucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”  Surah al-Baqarah: 129 Insan GENIUS ini lantas menunjukkan kehebatan fikirannya lantaran petunjuk dari ALLAH dalam melayan kerenah manusia-manusia yang rendah moral di sekelilingnya. Tika usianya mencecah 35 tahun dan bah besar melanda Makkah lalu menghentam kuat dinding Kaabah yang sudah uzur dimamah usia itu. Kesannya hampir merobohkan struktur bangunan itu sendiri.

Tau pula mereka para musyrikin ini akan betapa kotornya mereka yang terlibat dengan riba, judi dan segala yang kotor itu. Ingatkan memang dah tak sedar diri pasal jahil tukil. Semuanya takut nak perbaiki Kaabah bim…

Muhammad SAW: Genius & Ideal (Bahagian 2)

Biarkan mereka para orientalis terus bermain namun jangan sesekali kita terpesong akidah kerana dakyah mereka. Nasihat untuk diri dan sahabat sempena bulan penuh “kegembiraan” ini.

Ingatlah ketika ALLAH SWT berfirman
“Dialah yang mengutus seorang Rasul kepada kaum yang buta huruf dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya ,menyucikan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (sunnah),meskipun sebelumnya mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata”  Surah Al-Jumu’ah: 2 Al-Fujjar telah menyediakan satu medan yang cukup mantap buat diri insan IDEAL ini meskipun baru mencecah umur 10 tahun ketika itu. Membantu bapa saudaranya mengutip anak panah cukup mengajar erti “survival” di padang pasir demi maruah dan hak kendiri terpelihara. ALLAH mengatur yang terbaik buat kekasih-Nya.

Natijah gelora al-Fujjar telah melahirkan satu ikatan yang berasaskan semangat keadilan meskipun para pencaturnya adalah golongan musyrikin iaitu Perjanjian Al-Fu…

Muhammad SAW: Genius & Ideal (Bahagian 1)

Ingatlah ketika ALLAH SWT berfirman,
“Dan ingatlah ketika Isa bin Maryam berkata:”Hai Bani Isra’il,sesungguhnya aku adalah utusan ALLAH kepada kamu,membenarkan kitab yang diturunkan sebelumku iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan datangnya seorang Rasul yang akan datang sesudahku yang namanya MUHAMMAD.Maka tatkala Rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata,mereka berkata:”Ini adalah sihir yang nyata.”  Surah as-Saff: 6 Dunia amat mengharap ketika itu bilamana semuanya tersadung dalam lembah kehinaan. Bangsa Arab yang penuh kejahiliahan Latta,Uzza dan Manat. Kesyirikan Rome setelah bersaksi pada Injil yang diubah suai. Yahudi terus dalam kesombongan dan kekufuran lantaran enggan menerima kebenaran. Parsi pula asyik dengan hikayat-hikayat penindasan.

Negara China tenggelam dalam pemujaan sesama sendiri hasil didikan Buddha, Confutze dan Lotze. India pula dihantui kesesatan Hindu. Itulah hakikat dunia sebelum lahirnya insan GENIUS dan IDEAL ini. Membawa…

Manisnya Sebuah Reunion

Betapa manisnya ukhuwah setelah beberapa lama tidak berjumpa memang betul-betul terasa pabila diketemukan dalam sebuah “reunion” baru-baru ini bersama semua sahabat seperjuangan di bumi Hang Tuah dua hari lepas. Merayakan ikatan suci ini mengingatkan aku sesungguhnya kita tidak pernah berpisah meskipun diri dan jasad berada di merata tempat namun HATI itu terus bertaut dengan utuh.

Beberapa keping gambar untuk dikongsi kan semasa “reunion” kami di rumah Abang Mohsen dan Kak Mas ketika kami semua menyambut birthday Rahman, sahabatku dari Nogori.




SELAMAT HARI LAHIR ABG MAN!

Tak tahu macam mana nak digambarkan perasaan itu. Hanya ALLAH mengetahui segalanya….

Moga pertalian ini terus utuh biarpun dilanda GARUDA sekalipun. Maaf kerana tidak ada gambar sahabat Muslimat untuk aku upload dalam post ini. Redha-Nya kita sama-sama harapkan moga-moga segala perancangan kita akan dipermudahkan insya ALLAH.

Kisah Air Mata di Stesen R&R Temerloh

Perjalanan pulang ke kampung halamanku kali ini setelah hampir dua bulan meninggalkan keluarga tercinta dengan Abang Long aku menggamit seribu makna dan erti sebagai seorang insan yang diberikan ALLAH dengan pelbagai nikmat yang ke kadang tak mampu di bilang dengan jari.

Singgahan sebentar aku di R&R Temerloh untuk menunaikan solat Asar secara qasar dan makan sementelah baki perjalanan masih jauh benar-benar telah mendidik iman aku.

Tika aku mula hendak berwudu’ datang seorang kanak-kanak lelaki kecil di mana anggaran umurnya sekitar 4-5 tahun mengikut firasat aku lantaran cara bercakap dan perlakuannya duduk di sebelah aku lalu mengambil wudu’ sama. Masya-Allah masih kecil tapi sudah ada kesedaran yang begitu tinggi untuk menunaikan suruhan ALLAH.

Kagum aku bila melihat dia mengambil wudu’ begitu sempurna tidak sepadan dengan umurnya. Kebiasaan pemerhatian ku kanak-kanak yang berada di dalam lingkungan umur sebegini amat sukar untuk berwudu’ secara sempurna lantaran sifat mereka …

Of Integrity and Good Governance

Since I enter UKM to do a degree study here, I heard a lot of people talking about GOOD GOVERNANCE. Yes, especially my seniors.

Apart this question I would like to share an article I read at The Star Online that talked about GOOD GOVERNANCE. Please click here, Integrity and good governance.
"Marilah kawan mari kita kobarkan
di tangan kita arah agama dan bangsa
marilah kawan mari kita nyanyikan
sebuah lagu tentang PEMBEBASAN tanpa PENDUSTAAN
tiada yang tidak berubah kecuali PERUBAHAN itu sendiri!

Mahasiswa Mandom vs Mahasiswa Mandiri

Malam teristimewa buat ku pabila berpeluang bertemu muka dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan beberapa orang pimpinan reformasi tadi dalam sebuah majlis dialog antara Kerajaan Negeri Selangor dan pimpinan MAHASISWA kampus.

Ya, itu kali pertama bertemu dengan orang yang paling banyak diperkatakan dalam media masa kini dan di sebalik bayangan pelbagai isu besar yang melingkari hidup beliau. Bukan niat ku untuk memuja sesiapa namun hakikat beliau sebagai salah seorang penggerak dan aktivis kebangkitan MAHASISWA sekitar era 70-an tidak ada sesiapa mampu menafikannya.

Perjuangan itu pasti dan pasti akan diteruskan sehingga KEADILAN dalam erti kata yang sebenar dapat ditegakkan di bumi MALAYSIA yang ku cintai ini. Beberapa isu besar telah dibangkitkan dalam sesi soal jawab seperti isu Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor, isu kenaikan yuran kolej di KUIS, isu penyelewengan PRK di beberapa kampus utama di Selangor, isu Cancelor UniSEL dan pelbagai lagi.

Sedikit perkongsian aku untuk sahabat-saha…

Warkah Istimewa Buat Pentadbiran UKM

Itu diri mereka yang SEDAR
Laungan itu kian menjadi
Aku mula panasaran
Menantikan buah yang tak kunjung gugur
Namun MEREKA pedulikan itu
Hanya kerna SATU natijah
Aku makin mengerti
Itulah RELATIF diri mereka yang SEDAR
Jauh dari sudut hati
Mereka SEDAR siapa tuan
Tuan yang berhak
Mencoraki gaya…
Membentuk kata…
Mengukir perasaan…
Mencatur langkah…

Namun diri-diri mereka ITU
Enggan memicing pandangan
Menyaksikan MEREKA sudah bersuara
Jauh sekali menjadi penilai
Itu MEREKA tak harapkan
Jauh sekali merayu merengek
Asalkan mereka ITU
Sedar siapa PEMAIN UTAMA
Agar tahu memberi hormat
Kalau tidak sedikit ruang
Biar MEREKA belajar bernafas

Sayang MEREKA pada diri-diri ITU
Entah bentuk apakah perlu DIPERSEMBAHKAN
Aku sendirian mula kekeliruan
Antara sayang dan benci
Siapa perlu lahir pada kemudiannya
Agar natijah itu
Baik untuk MEREKA dan diri-diri ITU
Bangkit merangkul kebenaran
Biar keadilan jadi neraca
Ketelusan umpama rakan
Memadam hasrat jelik diri-diri ITU
Moga DIA menilai
Siapa benar s…