Saturday, January 30, 2010

Murni Kata-Kata Itu Sahabatku


Alhamdulillah syukur pada ALLAH kerana dia masih lagi memberi ruang dan peluang untuk aku terus bernafas di muka bumi-Nya, menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim yang ditaklifkan ke atasnya pelbagai amanah yang berangkai sehingga di Hari Pembalasan kelak.

Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Rasulullah SAW moga rahmat ALLAH ke atas baginda dan keluarga.

Entah kenapa aku sejak akhir ini runsing bilamana ramai sahabat-sahabat menegur akan “bahasa” penulisan aku dalam artikel sebelum ini. Ya aku runsing bila aku meletakkan EMOSI aku bukan pada tempat yang sepatutnya. aku yakin pasti ramai mereka yang terkejut dengan artikel menyerang dalam posting sebelum-sebelum ini lantaran rasa MARAH yang membuak di dada dan tidak mampu dikawal tika jari menaip pada keyboard laptop.

Malah ada yang menggelar aku sebagai Aduka Teruna Jr. walaupun aku langsung tidak menyukai gelaran itu.

Insya ALLAH segala kekhilafan yang telah dilakukan akan dijadikan kayu ukur untuk masa hadapan. Nasihat dan teguran itu aku yakin ianya ikhlas datang dari hati seorang hamba yang beragama ISLAM. Meskipun agak pahit untuk ditelan namun hakikat bahawa aku yang salah langsung tidak dapat dinafikan. Tapi bukan bermaksud aku salah dalam memilih PERJUANGAN tetapi aku salah memilih BAHASA ku.

Sahabat ku dari latar belakang POLITIK berbeza TERMASUK mereka yang mempunyai fahaman POLITIK yang sama telah banyak menegur akan ketelanjuran aku dalam menyusun kata-kata ekoran tewas dek nafsu amarah.

Aku menghormati pandangan mu sahabat dan menerimanya dengan penuh rendah diri moga-moga IKATAN hati ini terus bertaut meskipun kita saling tidak bersetuju antara satu sama lain dalam hal yang LAIN. Murni kata mu meluluhkan ego ku selama ini.

Y, aku faham akan kedudukan aku sebagai ORANG ISLAM so itulah amanah yang mesti aku jaga agar ISLAM tidak tercemar dek orang macam aku ini.

“tp Ahmad Tajuddin.. sy ingin menegur anda kerana sebagai seorang umat Islam yg berakhlak, kita tidak harus sebegini dlm menyuarakan pendapat kita.. bukan kah molek andainya.. jika kita bercakap dgn lemah lembut tetapi tegas dan berhikmah dalam menyuarakan pendapat.. tindakan saudara dalam blog ini seolah-olah menunjukkan saudara telah memburukkan lg organisasi saudara…”

Sesekali aku memang tak patut langsung. Adakah orang akan menerima kata-kataku meskipun mengandungi ribuan KEBENARAN di dalamnya jika BAHASA ku begini rupa?

Satu muhasabah yang begitu besar hikmahnya. Ya ALLAH begitu pengasih engkau kerana masih memberi aku peluang untuk membaiki diriku ini.

“Aku nak kau letak SABAR no 1 dalam apa jua sekalipun…. aku tau diorang SENGAJA memang nak buat kau marah…”

Ya, aku kena banyak belajar BERSABAR. Namun sering aku tegaskan SABAR itu ada batasnya pada sahabat-sahabat ku. Adakah kita perlu lagi bersabar meskipun TIKA itu orang lain terus memijak KEPALA kita?

Satu persoalan yang perlu dijawab agar KITA tidak menjadi manusia hamba semata kerana istilah SABAR itu.

Justeru aku memohon dan meminta MAAF di atas segala ketelanjuran aku dalam berbahasa pada sahabat-sahabat yang KECIL HATI akibat lontaran maya ku ini. Moga kemaafan kalian akan menjadi saksi kepada aku kelak tika mana ALLAH menghakimi aku di Mahsyar.

Moga TAUTAN hati ini terus bersemi dengan kesuburan IMAN kita pada ALLAH S.W.T. Moga ALLAH terus memberi keberanian pada kita semua dalam usaha kita menegakkan kebenaran yang makin PUPUS mutakhir ini.

Aku juga menyeru pada semua SAHABAT-SAHABAT yang berlainan ideologi politik agar cuba mengambil peduli akan ISU yang melanda kampus kesayangan kita ini berkenaan isu PRK yang makin parah dari hari ke hari. Bukan niat ku ingin menghasut tetapi aku cukup yakin sekali bahawa mereka yang sedang memperjuangkan ISU itu adalah berada di pihak yang BENAR.

Cubalah kita sama-sama muhasabah kerana ini bukannya melibatkan para penyokong GMUKM sahaja malah ISU ini akan turut melibatkan semua MAHASISWA UKM kerana kita adalah pengundi pada hari PRK tempoh hari. Fenomena ini turut BERLEGAR di semua kampus utama seperti UM dan UPM.

Sepatutnya ISU ini bukan hanya sesetengah pihak sahaja memperjuangkan tetapi SEHARUSNYA ia melibatkan seluruh MAHASISWA UKM dengan harapan ia akan melahirkan satu KETUMBUKAN “kuasa mahasiswa” yang berjaya berperanan sebagai AGENT OF CHANGE dalam negara ini. Sama-samalah kita bermuhasabah.

Marilah kawan mari kita kobarkan, di tangan kita arah agama dan bangsa, marilah kawan mari kita nyanyikan, sebuah lagu tentang PEMBEBASAN tanpa PENDUSTAAN! Tiada yang tidak berubah kecuali PERUBAHAN itu sendiri!