Friday, January 1, 2010

Mereka Semua Telah Mengajar Aku

Antara Masjid Jamek dan Dataran Merdeka pada malam ini adalah amat berbeza suasananya. Mungkin sahabat-sahabat tahu apakah sebab musabab kenapa itu berlaku pada malam ini. Sambutan ambang tahun baru 2010, THIS IS MY FIRST TIME.

Mengujakan, menyedihkan, membolak balikkan, menyentap, meyampah, meronta, memberontak, menafikan dan sebagainya yang aku ingin menyatakan perasaan aku tika menyaksikan sambutan tahun baru 2010 di Dataran Merdeka tadi sebagai salah satu misi dakwah para mahasiswa Islam kepada masyarakat luar di bawah nama Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS).

Hampir 500 orang mahasiswa dari seluruh kampus di Malaysia turun bagi menjayakan misi dakwah ini. ALHAMDULILLAH ALLAH telah mempermudahkan segalanya.

Inilah pengalaman ku bertemu dengan pelbagai ragam manusia yang aku begitu naif tentang mereka. Ya, mungkin pada kita mereka adalah teruk tapi jauh di sudut hati mereka memerlukan kita untuk membimbing mereka. Seperti kata-kata seorang sahabat aku, “Anak muda macam ini kah yang kita harapkan untuk Malaysia pada masa akan datang?”

Timbul satu persoalan yang besar dalam benak fikiran aku tentang kata-kata itu “Kenapa jadi macam ni?”

Segala senario itu jelas menunjukkan pada aku betapa itulah kontradiknya antara kerajaan ISLAM dan kerajaan SEKULAR. Aku mula faham kenapa As-Syahid Imam Hassan Al-Banna begitu gigih menentang segala bentuk pencerobohan dan penjajahan Yahudi dan Kristian dalam bentuk baru ini.

Mungkin sesetengah sahabat-sahabat aku tidak dapat menerima perkataan sekular pabila aku berhujah dengan mereka. Asyik-asyik sekular. Sikit-sikit sekular. Aku terima pendapat mereka kerana mereka tidak faham akan hakikat yang sebenarnya.

Aku pesalah dalam hal ini. Aku salah kerana aku tidak menyampaikan apa yang aku tahu pada mereka. Aku salah kerana aku hanya pandai beramal untuk diriku sahaja. Aku salah kerana aku gagal menjadi contoh teladan kepada mereka. Itulah pengajaran yang aku dapat dari EKSPEDISI DAKWAH tadi.

Meskipun suara kami tenggelam di dalam kerancakan konsert para artis tapi aku teramat yakin bahawa ALLAH pasti tidak akan mempersiakan usaha hamba-Nya. Aku diajar agar menjadi manusia yang bertanggungjawab terhadap sahabat-sahabat aku pabila menyaksikan adegan-adegan penuh warna-warni kelalaian itu. Dengan hanya mampu mengedarkan air mineral dan kalendar 2010 yang padanya terdapat sepotong ayat ALLAH pada sebahagian anak muda sudah cukup bagi kami yang amat lemah ini.

Kata seorang sahabat, “Kita amat mengharapkan ALLAH menurunkan hidayah melalui sepotong ayat-Nya pada kalendar mini itu….”

Aku bersetuju dengan dia, manakan tidak aku sendiri terkelu lidah tika mula hendak berbicara dengan para mad’u sewaktu membahagikan air mineral itu.

Suara Amy Search menyanyikan lagu Di Awan Biru ternyata lebih menarik perhatian penonton berbanding mendengar ucapan Saudara Presiden GAMIS, Ustaz Mohd Idris Mohd Yusuf. Itulah realitinya.

Aku bertuah kerana kehadiran aku pada ekspedisi kali ini telah mempertemukan aku dengan Saudara Syaznil Munir, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya. Orangnya hebat dan penuh keberanian serta idealisme. Kata-katanya cukup tersusun dan indah walaupun hanya sekadar berjabat tangan dan bertukar senyuman namun semua itu bagaikan meleraikan perasaan ingin tahu aku selama ini.

Bukan aku nak mengagung-agungkan beliau tetapi sebagai satu penghargaan buat beliau dan satu keazaman untuk mengikut jejak langkah beliau suatu hari nanti insya ALLAH.

Sayang sekali kali ini aku tidak mampu menyediakan gambar untuk posting kali ini. Agak terkilan lantaran tidak dapat berkongsi rasa dengan sahabat-sahabat akan pengalamanku berhadapan dengan masyarakat sebagai seorang pendakwah yang sedang belajar untuk berdakwah.

Penerimaan mereka yang pelbagai telah membawa kami ke satu dimensi baru tentang dunia dakwah itu sendiri. Kami faham kenapa uslub dakwah itu pelbagai.

Aku turut berjaya mengesan akan kebodohan kerajaan sekarang tentang pentadbiran mereka pabila menyaksikan sambutan ini.

Apakah yang mereka nampak kebaikan yang boleh mengalir keluar dari sambutan ini?

Sudah tentu tidak. Mereka terpaksa menghabiskan ratusan ribu malah mungkin jutaan ringgit untuk menjayakan konsert di seluruh Malaysia. Turut menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk pertunjukan bunga api di setiap sambutan di seluruh negara. Berbicara tentang kesedaran masyakat langsung ZERO markahnya malah kelalaian dan kemusnahan yang meningkat.

Kadar jenayah meningkat dan jumlah anak haram mungkin turut meningkat setiap kali selepas sambutan tahun baru. Anggota polis dan keselamatan terpaksa bekerja keras mengawal keselamatan sedangkan jika sambutan itu ditukar dengan majlis solat hajat mungkin tidak memerlukan seramai itu anggota keselamatan.

Malah aku turut kasihan pada para pekerja perbandaran kerana terpaksa over-time kerja untuk memungut kembali sampah sarap yang ditinggalkan penonton. Jadi di mana untungnya sambutan tahun baru yang digalakkan oleh kerajaan hari ini?

Itu kah kerja orang cerdik yang dianugerahkan akal yang waras oleh Pencipta Yang Maha Agung?

Oleh itu aku menyeru pada sahabat-sahabat betapa inilah masanya untuk kita membuat perubahan demi menyaksikan nasib negara tidak makin hancur dan generasi mendatang mampu tersenyum lebar mengenangkan keberanian kita melakukan perubahan.

Ayuh ANAK MUDA, kalian lah harapan agama dan negara pada masa depan!!

Lakukan perubahan demi masa depan!

Ingat ISLAM tidak memerlukan kita TETAPI kita yang memerlukan ISLAM so menjadi kewajiban pada kita untuk memperjuangkan ISLAM agar ia berada pada tempatnya yang teratas di Malaysia!