Saturday, January 30, 2010

Lawak Apakah Lagi Wahai Pentadbiran UKM?

Tetiba selepas JUMAAT tadi Masjid UKM kecoh pabila MAHASISWA mula berbicara di sudut pidato mengenai situasi dan keadaan sebenar mengenai PRK yang berlangsung semalam. Ramai sekali mahasiswa SEDAR membanjiri kawasan masjid kerana mahu mendengar ucaptama beberapa orang pemimpin MAHASISWA setelah dihebohkan mengenai penyelewengan yang berlaku semalam.

Mereka berkumpul atas satu niat iaitu ingin mendapatkan maklumat yang tepat mengenai keputusan PRK semalam tanpa sekelumit ingin menimbulkan kekacauan apatah lagi MERUSUH.

Namun pelik bin ajaib bin hairan bilamana sekumpulan FRU mula menyerbu dan merempuh para MAHASISWA yang sedang berkumpul dan berbicara di sudut itu. Tetiba je muncul FRU di UKM. Aku ulang FRU muncul di UKM!

Mereka lengkap bersenjata! Cuma mahu menangkap sekumpulan MAHASISWA yang tengah berucap mengenai isu kampus! Lawak apakah ini?










Begitu PROFESSIONAL mereka ini. Siapa yang bagi ARAHAN pada mereka? Pentadbiran UKM kah? Hebat betul pentadbiran UKM. Cekap menangkap MAHASISWA. Ye la UKM kan da dapat pengiktirafan ISO pasti dan pasti pengurusan dan PENTADBIRAN mereka CEKAP, PROFESSIONAL, MANTAP, HEBAT, AMANAH, TELUS, DEDIKASI, ADIL, KELAS PERTAMA, BERANI BERTINDAK, PROGRESIF, SISTEMATIK DAN KRITIS!

Hey admin kampus!

Kasihan pada FRU. Jadi PAK TURUT pencacai UKM. Tersentak jantung aku bila bahu aku dirempuh dengan PERISAI FRU yang begitu “LEMBUT” itu. Keadaan makin kecoh pabila 4 orang sahabat aku ditangkap dan digari seterusnya di bawa ke truk FRU. Seorang saahabat aku, Huzaifah ditangkap walaupun hanya berada di tepi sahaja ketika itu.

Aku ingin membantu tapi pelik tetiba rasa TAKUT mula menguasai diri aku. Memikirkan aku ada lab pukul 3 petang menyebabkan aku memberhentikan niat aku nak meleraikan Huzaifah dari kawalan FRU itu. Ya ALLAH aku berdosa pada sahabat ku ini.

Sepatutnya aku tidak mementingkan diri saat itu. Tika saat ini aku masih belum ketemu dia ingin meminta maaf. Keadaan terkawal apabila beberapa orang senior berbincang dengan FRU lalu kami diberi masa 10 minit untuk meneruskan agenda PERKHABARAN itu. Saat tegang bila beberapa orang pimpinan memberi ucapan menyatakan hasrat dan niat SUCI kami para MAHASISWA berkumpul di situ.

Tambah sayu suasana di perkarangan masjid UKM pabila Abang Farid membacakan doa penutup. QUNUT NAZILAH kami mengaminkan secara ramai-ramai memohon agar ALLAH menolong perjuangan kami MAHASISWA dan menghancurkan musuh-musuh ISLAM.

Ya ALLAH, begitu mahal harga sebuah perjuangan dan begitu MAHAL harga PENGORBANAN yang perlu kami bayar. Ya ALLAH, kau sakitkan KAMI dengan kesakitan ISLAM, kau senangkan KAMI dengan kesenangan ISLAM.

Aku hilang kata-kata menyaksikan segala KEBOBROKAN yang berlaku pada hari ini. Nyata MEREKA tidak SERIK. Bagai mencurah MINYAK ke dalam API aku rasa. Mereka menggunakan FRU untuk menyekat kebangkitan MAHASISWA. Mereka menggunakan FRU untuk menangkap MAHASISWA yang bersenjatakan MULUT dan IDEALISME.

Mana maruah kamu wahai PENTADBIRAN UKM? Mampukah kalian jawab segala ini di hadapan ALLAH Rabbul Izzati di Mahsyar kelak?

Aku teringat kata-kata Sayidina Hamzah R.A. kepada tuannya ketika diseksa supaya kembali kepada agama asal,

“Sesungguhnya tuan boleh memenjarakan dan menyeksa batang tubuh saya namun tuan TIDAK AKAN MAMPU MEMENJARAKAN HATI dan JIWA saya!”

Begitu juga halnya kami para MAHASISWA.

Kamu wahai PENTADBIRAN UKM mampu melakukan apa sahaja demi memuaskan NAFSU keji KAMU namun ingat bahawa kami sesekali TIDAK akan TUNDUK dan MENGALAH pada semua sistem dan tindak tanduk KAMU selama-lamanya.

ALLAH telah memberikan akal yang waras kepada kami untuk berfikir so bagi lah ruang kepada KAMI untuk menentukan hala tuju hidup kami sendiri. Sekalipun kamu wahai PENTADBIRAN UKM terus menggunakan FRU untuk membasmi kami selagi itulah kami tidak akan BERUNDUR!

Aku berdoa kepada ALLAH agar ALLAH memberi hidayah pada mereka yang “ADIL” ini. Meskipun hati aku begitu memberontak seakan mahu menumbuk muka-muka mereka yang “ADIL” ini. Biar mereka sedar langit ini tinggi atau rendah.

Aku tak boleh bayangkan apa lagi LAWAK yang PENTADBIRAN UKM mahu sajikan pada kami MAHASISWA selepas ini sahabat-sahabat ku.

Percayalah bahawa tahun ini adalah tahun KEBANGKITAN semula STUDENTS POWER yang selama ini menjadi laungan keramat MAHASISWA SEDAR. Meskipun di sebalik palitan kekejian dan penipuan PERUBAHAN itu pasti dan pasti akan berlaku sedikit masa lagi. Percayalah sahabat ku.