Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

Setahun 2010

Hari ini, 31 Disember 2010 mungkin menunggu beberapa saat dan ketika lagi untuk menjadi satu catatan dalam lipatan sejarah dunia. Sebuah catatan kehidupan sepanjang setahun berlalu dan mencorak pelbagai ragam kehidupan manusia di atas muka bumi ini.

Juga ketika aku menulis ini, aku sudah mencecah umur 20 tahun 11 hari tepat. Ya, aku perlu peringatan diri aku tentang umur itu kerana ianya makin tua dan semakin pendek usia aku di dunia yang penuh dengan keseronokan sementara ini.

Mungkin menjadi kebiasaan buat seluruh umat manusia apabila tibanya di penghujung tahun dan mula menapak ke tahun yang baru, maka kedengaranlah pelbagai sorotan peristiwa dan azam-azam yang baru mula terbina bagi membina kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang. Insya ALLAH.

Aku rangkumkan sedikit sebanyak perjalanan hidup ku pada 2010, dengan harapan ianya menjadi satu dokumentari buat diri sendiri tentang sebuah perjalanan hidup seorang hamba di muka bumi ini insya ALLAH.



Aku akan merindui 2010.Tapi, m…

Qasidah Muhammadiyah

Entah mengapa sukar untuk menggambarkan perasaan ini. Semenjak dua menjak ini, rasa rindu ku pada suasana dan dayuan suara mengalunkan qasidah semakin membuak-buak. Nyata ingatan ketika mendapat pentarbiahan di bumi berakah Baitul Qura’ wal Ilmi di Melaka ketika di Matrikulasi Melaka satu ketika dahulu amat terkesan di jiwa aku yang serba gersang ini.

Sungguh rindu pada suasana kami di Baitul Qura’ wal Ilmi mengalunkan qasidah bersama-sama Syeikh Habib Kazem ibn Ja’far As-Seggaf Al-Hussaini, ahlul bait dari Tarim, Yaman yang datang ke Baitul Qura’ wal Ilmi ketika sambutan maulid rasul dua tahun yang lepas.

Sungguh rindu pada kemerduan dendangan qasidah oleh pelajar-pelajar Baitul Qura’ wal Ilmi yang diketuai oleh Ustaz Shauqi, adik kepada Al-Fadhil Ustaz Zulkifli Ismail, mudir Baitul Qura’ wal Ilmi. Sungguh, aku rindu!

Bukan mudah untuk mencari suasana “mahabbatul rasul” sedemikian di Malaysia pada hari ini.

Namun, dua tiga hari ini kerinduan itu seakan terubat apabila dayuan dan keme…

Seksualiti Merdeka: Saya Gay, Saya OK

Terbaru, seantero rakyat Malaya gempar dengan video pengakuan terbuka lagi berani seorang lelaki Melayu yang mengaku sebagai GAY dan merasa yakin jalan yang dipilihnya itu betul biarpun tahu situasi dan kondisi rakyat Malaysia masih belum dapat menerima hakikat tersebut.

Dalam sebuah video pendek kira-kira berdurasi 2:42 minit itu, lelaki Melayu tersebut yang bernama Azwan Ismail telah mengaku bahawa beliau mengambil masa yang agak lama untuk membuat pengakuan tersebut secara umum dan kini, hasilnya beliau mendakwa dirinya menjadi semakin yakin dan bersemangat untuk menempuhi masa-masa yang mendatang.

Layaknya binatang sahaja membuat pengakuan sebegini yang begitu jelas menentang kuasa Tuhan yang menciptakan diri dia daripada setitis air yang begitu hina lagi kotor itu.

Sebenarnya, saya bukan ingin menjadikan penulisan ini sebagai sebuah tempat untuk melepaskan geram kepada lelaki di atas dan juga mereka yang terlibat sama, tetapi cuma ingin menguar-uarkan kepada seluruh masyarakat te…

Aku Mencari Siti Khadijah

Kata seorang senior, “Fikir awal untuk kahwin bukan bermakna mencari siapa dia itu, tapi fikir awal untuk mempersiapkan diri kita untuk menjaganya.”

Manusia dilahirkan dalam keadaan mempunyai keinginan untuk memiliki sesuatu yang lebih daripada segala-galanya. Itu hakikat penciptaan kita. Kerana kita dibekali Tuhan dengan nafsu yang sentiasa bersedia berunding dengan iman kita ketika mahu melakukan apa sahaja, maka beringatlah!

Kebiasaannya, nafsu akan menang dalam setiap rundingan itu. Kita semua tahu.

Tahu sahaja tidak cukup, kerana perlu pada praktiknya. Sama juga akan hal yang akan ku bicarakan di sini. Soal aku ingin mencari Siti Khadijah dalam hidup ku. Pelik bukan?

Tetiba jari ini mahu berbicara soal teman hidup. Setelah berkali-kali telinga aku mendengar pelbagai ungkapan cinta dan mabuk jiwang dalam kalangan rakan-rakan ku.

Aku tak bercinta. Jauh sekali untuk mengejar cinta. Itu bukan hak aku tika ini. Tetapi cuma ingin berbicara barang sedikit dan berkongsi dengan mereka di …

Iman Sakit Namun Tuhan Tidak Buta

Semalam, saya berbual dengan seorang sahabat lama di Matrikulasi Melaka dulu melalui Facebook setelah sekian lama tidak bertegur berbual bergurau dengan dia.

“Apa khabar? Sihat?”

“Tak sihat… Iman tengah sakit.”

“Huh, jangan cakap macam itu… Apa kurangnya dengan ana?”

“Haha, ana lagi teruk… Seteruk-teruknya…”

“Tak baik cakap macam itu…”

“Betul…”

“Entah, bila anta cakap macam itu ana pun akan cakap perkara yang sama pada diri ana.”

“Itulah hakikatnya. Nak tipu diri sendiri memang tak boleh. Tapi, alhamdulillah kerana ALLAH masih lagi memberi rasa itu pada kita.”

“Huhu, itu hakikatnya untuk ana yang lemah… Mungkin kot.”

“Ustaz Hasrizal ada menyebut pasal fikir dan zikir tempoh hari di Surau Annur, berkenaan dengan iman kita, kadang kala kita seakan menaruh rasa tidak percaya pada ALLAH. Padahal kita kena patut sedar yang Dia tidak pernah leka melihat kita. Memang patut untuk kita rasa macam itu, mungkin boleh jadi tazkirah buat kita. Tapi, dalam pada masa yang sama Islam mengajar kita un…

Tiada Lagi Ungkapan Itu

Mengapa tiada lagi ungkapan itu untuk aku,
Lupa atau aku sudah tidak layak lagi mendengar ungkapan itu?
Aku yakin, dikau memberikan aku ungkapan itu kerna dikau berharap,
Yakin pada aku tidak sama dengan mereka yang lain,
Dikau menaruh harapan kepada aku,
Juga memberi harapan kepada aku…

Ya aku tahu,
Aku kadang tidak bisa menunaikannya,
Aku kadang terlupa memenuhinya,
Ya aku sedar itu silap aku,
Tapi…
Aku menagih ungkapan itu,
Aku kepingan dengan suara pinta mu…

Aku hampir menangis setiap kali mengenangkan hal ini,
Aku menangis kerana aku kira dikau sudah hilang percaya pada aku ini,
Aku menangis kerana percaya aku sudah tidak sebaik dulu,
Aku menangis kerana aku ingat aku sering melupakan permintaan mu itu...

Maafkanlah daku,
Ampuni lah dosa anak mu ini,
Aku bukan lagi seperti dulu,
Mungkin dulu,
Aku naif...
Aku patuh...
Aku nampak suci…

Namun kini,
Bukan lagi hak aku untuk dipinta,
Ampuni lah dosa ku,
Ampuni lah…

Bandar Baru Bangi,
11.36 pm

Optimis dan Berstrategi: Syarat Kemenangan Gerakan Islam

Sesebuah gerakan yang mempunyai misi dan visi yang besar serta benar, maka sedar dan insaflah betapa misi dan visi itu hanya akan tercapai apabila pra-syarat kepada pencapaian itu dipenuhi oleh pendukung gerakan tersebut terutamanya.

Dengan kesedaran inilah akan tercetusnya sebuah gerakan dari dalam hati setiap ahli dan pendukung gerakan untuk menggembleng seluruh tenaga dan upaya mereka dalam menjayakan dan memenuhi pra-syarat untuk mencapai visi dan misi gerakan tersebut.

Perbincangan demi perbincangan dan perbahasan demi perbahasan dilakukan semata-mata mahu mendapatkan keputusan dan strategi yang benar-benar mantap dalam menjayakan visi dan misi gerakan tetapi malangnya, dalam pada masa yang sama ahli dan pendukung gerakan gagal untuk menginsafi tentang pra-syarat kepada kejayaan segala strategi dan hala tuju gerakan tersebut.

Maksud saya, kegagalan ini adalah terbahagi kepada dua iaitu kegagalan atas kapasiti individu dan juga kegagalan dalam bentuk kolektif dalam sesebuah geraka…

Menjengah Kekusutan Dengan Perbincangan

Alhamdulillah, sesi pertama perbincangan kami sudah selesai dengan memperlihatkan penumpuan pada aspek-aspek asas atau fundamental dalam sesebuah gerakan atau organisasi terutama dengan penekanan dalam aspek pengurusan organisasi, konsep bekerja secara berkumpulan yang teratur serta sistematik dan strategi pra-syarat kemenangan dan keunggulan gerakan.

Kita semuanya akan bermula dengan kusut dan serabut kerana kita sedar bahawa kita tiada peneman yang sudi menguraikan kekusutan itu. Oleh itu, dengan pertemuan dan perbincangan secara matang dan masak inilah mampu membantu ke arah membuka segala ikatan-ikatan yang bersimpul itu.

Mencetuskan penumpuan pada aspek-aspek yang kritikal sebenarnya mampu menyedarkan diri kita sebagai salah seorang ahli dalam sesebuah organisasi itu secara tidak langsung.

Baiklah, saya mahu bercakap soal menjengah kekusutan dengan perbincangan.

Maka pada pendapat saya, menjadikan perbincangan ini sebagai satu medan untuk menegur dan mengkritik secara matang dala…

Scott Pilgrim vs. The World

Wow, ternyata filem ini bukan hanya sekadar komedi yang sia-sia semata tetapi turut menyajikan beberapa nilai positif yang boleh diambil untuk dijadikan pengajaran. Tetapi aku tak menafikan tentang bahagian negatifnya namun berpada lah untuk aku mengatakan bahawa nilai PENGORBANAN itu telah menggamit aku untuk berkongsi tentang filem komedi ini dalam blog kecil ini.

Scott Pilgrim vs The World yang mahu menjadikan si gadis berambut ungu, Ramona Flowers sebagai kekasihnya terpaksa berdepan dengan 7 orang bekas kekasih Ramona Flowers sebelum dia sah menjadi kekasih kepada gadis tersebut.

Scott begitu bertuah kerana memiliki seorang adik yang cukup mengambil berat tentang dirinya dalam segala hal. Kesabaran Scott dalam menghadapi setiap cabaran dan perlawanan dengan ex-gadis itu menyebabkan akhirnya dia telah mendapat balasan setimpal dengan usahanya.

Fakta menarik filem ini ialah perjalanan ceritanya tak ubah seperti dalam sebuah permainan komputer dengan penggunaan grafik yang cukup meng…

Pelan Transformasi Ekonomi: Kalau Hang Tuah Masih Hidup Hari Ini

Pernah kah Malaysia ini dicap sebagai negara bangsa yang bertamadun?

Mungkin ramai yang tidak senang dengan kenyataan ini kerana ramai yang masih lagi mengagumi kepelbagaian kemajuan kononnya yang dibawa serta dicipta di zaman Che Det berkuasa dulu. Maka ramai meletakkan bahawa itulah ketamadunan Malaysia dan tanda kemegahan selamanya dalam helaian buku teks sejarah di sekolah-sekolah menengah.

Saya tidak pernah mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang bertamadun, dalam erti yang sebenar. Kerana pemimpin Malaysia dari dulu hingga sekarang telah berhutang satu perkara yang begitu besar untuk dijawab di hadapan ALLAH kelak di Padang Mahsyar.

Persoalan tentang penghinaan terhadap agama ALLAH selama separuh abad lebih walaupun mereka yang memegang tampuk pemerintahan adalah terdiri rata-rata daripada mereka yang masih mengaku ALLAH itu tuhan mereka dan Muhammad SAW sebagai pesuruh-Nya.

Maka di mana bertamadun nya Malaysia ini jika persoalan penghinaan terhadap akidah sendiri tidak …

Keluarga Mahkota Buana

Alhamdulillah, progres nya lancar. Kini sudah hampir 40% kekemasan gerak kerja. Kerjasama antara Jawatan Kuasa Utama Karnival Islam Intelek Globalisasi 1M (INTEG) UKM dengan Persatuan Anjung Seni Bingkas Kebayan Malaysia untuk mementaskan sebuah teater muzikal di Panggung Seni UKM hampir menjadi kenyataan.

Pertemuan kedua petang tadi telah menerbitkan rasa syukur yang teramat kepada diri saya yang begitu teruja mahu melihat kerjasama ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Kami di peringkat Jawatan Kuasa Utama Karnival Islam INTEG amat menyedari akan kepentingan untuk kita memanfaatkan medium teater demi kelangsungan dakwah di mana-mana sahaja dalam kalangan masyarakat masa kini.

Sayang jika peluang ini kami gagal manfaatkan kerana minat masyarakat kini terutamanya golongan muda ialah hiburan. Maka, kami berazam mahu menggunakan platform teater untuk menyampaikan mesej dakwah dan nilai-nilai Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Teater muzikal yang akan dipentaskan di UKM nanti bertaj…

The Warisan Merdeka Antics

They told us, Malaysia will be one of the most develop and modern country in this world;
They told us, we will achieve it by build the 100-storey of Warisan Merdeka;
We ask them – Mr Najib, are you blind?
Long ago Steven R Covey wrote, “Put the first thing first.”
We ask you Mr. Najib to think about that;
Because there are about 27 millions of Malaysian living outside Perdana Putra;
Still grieving for a scoop of rice and a slice of bread;
Only if you think about that, Mr. Najib…

Bandar Baru Bangi,
5:41 PM

Penawar Penyakit Mabuk Cinta

Berbicara soal cinta membuatkan aku penasaran kerana aku bukanlah orang yang sesuai untuk bersoal jawab dan berhujah berpolemik dalam lubuk hati dan perasaan ini. Bukan apa, kerana sehingga kini aku masih belum dapat merasa apakah itu CINTA yang dicanangkan oleh kebanyakan rakan aku sejak dari sekolah rendah sehingga ke alam universiti.

Pernah teringin untuk mencintai dan dicintai namun apakan daya, nak peluk gunung tangan tak sampai. Kata seorang sahabat, kau bertuah kerana ALLAH menyelamatkan kau dari bahana CINTA.

Minta maaf jika pembuka bicara ini agak mengarut tetapi itulah hakikat yang aku lalui selama ini. Tujuan aku menulis ini bukan untuk menceritakan perihal diri aku yang tidak pernah merasa nikmat cinta bercinta tetapi untuk berkongsi rasa dengan semua sahabat-sahabat tentang perihal cinta di alam remaja terutamanya.

Konteksnya, setengah aku jumpa mereka ada yang terlalu MENGEJAR cinta dan ada pula yang DIKEJAR cinta tak berkesudahan. Itulah hakikat putaran dan percaturan d…

Lifelong Learning

People come, go and part
Some, leave a deep mark on your heart

Each human we meet, is a part of his grand design
Each meeting has it own purpose, a purpose divine

A lesson to be learnt, from each encounter, however brief
Be it a holy man, a true friend or even a thief

Our life is a long learning process
We learn from each of joy or duress

And thus forms our character, our soul, our very essence
Life is a long class, made of many such lessons

From the time we are born and as we grow
Our experiences mould our psyche that we do know

Some factor can’t be help, some we can improve upon
Absorb only the good and the right, let evil be bygone

A child is so innocent when he is born
Radiant, beautiful, like the new dawn

Untouched, unaware, pure and essentially good
Let him develop as God willed it, as he should

No prejudices, no hate, love for all fellow man
Why discrimination of caste, colour or race then??

We all love hate, cry and eat and breathe the same
Then whats in the country, the cage,…

Belanjawan 2011 dan Harapan Islam di Malaysia

Mungkin inilah Bajet Malaysia yang terbaik mampu dihasilkan oleh Dato' Seri +Najib Razak dan rakan-rakan sejawatnya. Seperti komentar seorang rakan tentang Bajet 2011 ini katanya, bukan tidak mahu bersyukur tapi…

Saya masih lagi boleh menaruhkan sedikit kepercayaan pada Bajet 2011 ini apabila mendengar antara strategi dalam menjayakan pelaksanaan Bajet 2011 ini iaitu membangunkan modal insan dan menyejahterakan hidup rakyat. Nampak sangat baik tapi kami di bawah ini amat menanti-nantikan tindakan ke arah merealisasikan strategi tersebut.

Sebenarnya, setiap kali pembentangan Bajet Belanjawan Malaysia tidak kira apa tahun sekalipun, hati kecil meminta agar bajet dan peruntukan yang sewajarnya kepada pembangunan kerohanian dan pemantapan sahsiah kepemudaan Malaysia dapat disalurkan. Namun, dalam Bajet 2011 ini sekali lagi hati kecil ini dikecewakan oleh barisan pentadbiran Malaysia.

Hari ini, kita menyaksikan Malaysia telah dijangkiti dengan wabak penyakit sosial yang begitu parah se…

Mencontohi Furkan Doğan Si Syuhada Mavi Marmara

“Ayah, saya nak pergi ke Palestine kerana mahu menolong saudara-saudara saya yang menderita di sana.”

Itulah kata-kata Furkan Doğan, syuhada berumur 19 tahun dalam peristiwa serangan Mavi Marmara beberapa bulan yang lepas kepada ayahnya ketika dia ditegah daripada mengikuti rombongan kemanusiaan itu.

Mendengar cerita ini dari mulut Tuan Azman, salah seorang sukarelawan daripada Malaysia yang turut berada di atas Mavi Marmara ketika diserang membuatkan saya teringat kembali kisah bagaimana semangatnya dua putera ‘Arfa untuk pergi berperang bersama-sama Rasulullah SAW dalam peristiwa Perang Badar semata-mata untuk memenggal kepala Abu Jahal yang begitu banyak menyeksa kehidupan Rasulullah SAW tika di Makkah seketika dulu sebelum berhijrah ke Madinah. Kisah ini diceritakan dalam Sahih Bukhari oleh Abdul Rahman bin Auf r.a.

Mungkin ALLAH SWT masih mahu menunjukkan kepada dunia betapa semangat jihad itu masih tertanam dalam diri umat Islam yang peka dan beriman dengan kewujudan Hari Akhir…

Setahun Time To Change

Kalau diikutkan tarikh sebenar, sudah terlewat untuk menyambut hari kelahiran Time to Change namun aku kira masih OK untuk mengeluarkan entri berkaitan sambutan sempena setahun wujudnya blog Time to Change ini. Masih teringat lagi entri pertama aku yang begitu ringkas namun itulah maksud sebenar kewujudan blog kecil ini;
“Give a second to think about Islam. How much you are ready yourself to be mujahedeen? This is a time to change ourselves. Insya’ALLAH!” Blog ini merupakan tempat untuk aku meluangkan sesaat demi Islam. Memberi ruang kepada aku sesaat untuk memikirkan tentang Islam. Aku jadikan blog Time to Change ini sebagai medium kepada suara dan rasa hati aku. Sambil mengharapkan satu “turning point” mampu dicipta hasil penulisan dalam blog kecil ini.

Tidak kira sebesar atau sekecil mana pun kesan “turning point” itu namun mengambil iktibar daripada kisah sang burung pipit yang cuba memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim as walaupun menyedari hakikat bahawa usaha itu hanyalah si…

Merdunya Bacaan Syeikh Muhammed Taha Al-Junaid

Saya mahu berkongsikan sebuah channel dalam Youtube yang mengumpulkan sejumlah besar video bacaan aL-Quran oleh anak muda bernama Syeikh Muhammed Taha Al-Junaid.

Saya yakin teman-teman pasti sudah tidak asing lagi rasanya daripada mendengar suara anak muda ini berkumandang di merata tempat. Lunak dan merdu dengan gaya tersendiri menyebabkan ramai terpukau dengan bacaan Syeikh Taha ini.

Subhanallah kerana Dia menganugerahkan anak muda ini dengan suara yang begitu memukau sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Saya senaraikan beberapa video bacaan al-Quran beliau di sini, dan selebihnya boleh didapati melalui channel Annurhudaa, seorang pengumpul video bacaan Quran dari Kota Singa.

Surah At Tahrim (The Prohibition)


Surah Al Qiyama (The Resurrection)


Surah Al Fath (The Victory)


Surah Al-Mulk


Marilah kita mengambil peluang ini untuk memanfaatkan saluran kemudahan ini untuk meningkatkan lagi kecintaan kita kepada kita suci aL-Quran insya ALLAH.

Moga kita sama-sama mendapat manfaatnya...

Jalan Keluar

Di penghujung,
ada harapan, seakan melilau,
petunjuk jalan keluar,
untuk diri penuh noda,
kepada sang Pembersih,
agar bila tiba saat,
diri ini datang mengadap-Nya,
datangnya penuh kehormatan,
seisi langit dan bumi,
tunduk segan pada diri ini…

Meski aku sedar kalam-Mu,
betah merubah nasib kami,
tanpa jerih kendiri kami,
namun, benar kata-Mu,
kami ini fakir jiwa,
kami ini fakir iman,
kami ini fakir segalanya
ke mana lagi kami mengharap,
selain terus merintih merayu,
ihsan keampunan-Mu,
benarkanlah aku keluar,
keluar dari kepompong noda dan dosa,
untuk mencari sedikit cebisan maghfirat,
untuk bekal perjalanan ku,
menuju destinasi abadi,
seperti janji-Mu…

Jika Rabiatul Adawiyyah takut mengulang janji,
kerna bimbang janjinya dimungkiri,
maka untuk aku di sini,
cukup sedar dengan kedaifan diri,
siapalah diriku dengan Rabiatul Adawiyyah,
meski janji ku pada-Mu tidak pernah dipenuhi,
berilah kekuatan terus kepada ku,
untuk terus melafazkan janji,
daripada diri ini terus terpalit noda,
ya tuha…

Hukum Couple Halal atau Haram?

Semalam, semasa berbual dengan seorang sahabat saya Hasif dia bertanyakan soal hukum ber"couple" sama ada dalam Islam dibenarkan atau tidak. Mudahnya, hukum couple halal atau haram dalam Islam?

Terus terang saya katakan padanya, saya bukanlah orang yang pandai dalam memberi hujah dan hukum namun sekadar pendapat peribadi yang masih lagi berlandaskan nas al-Quran, saya merasakan itu sahaja kemampuan yang ada.

Dia juga bertanyakan hukum apabila seseorang perempuan itu keluar bersama-sama dengan lelaki berdua-duaan di tempat yang ramai orang, apakah hukumnya.

Buat sahabat ku Hasif, jawapan ini sebagai menunaikan tanggungjawab saya untuk menyampaikan apa yang benar dan bukannya dengan tulisan ini saya berniat untuk menghukum sesiapa. Cukuplah akal kita menjadi penilainya berdasarkan hidayah yang dikurniakan ALLAH kepada kita.

Perkara pertama yang perlu kita fahami ialah, CINTA itu fitrah. Mana mungkin seseorang itu mampu hidup di dunia ini tanpa cinta. Kerana kita telah diciptak…

Pemimpin Bodoh Cuba Memperbodoh Rakyat

Saya dapat merasakan ramai pembaca tidak dapat menerima tuduhan ini namun itulah hakikat yang dapat kita lihat dan saksikan telah berlaku dalam negara kita yang tercinta ini. Begitu ramai pemimpin bodoh dan mendakwa mereka lah yang terbaik dan lagi malang mereka cuba memperbodoh kan orang lain dengan kebodohan mereka.

Jelas lagi terang bersuluh perbuatan jelik dan langkah sumbang akibat tindakan dan keputusan mereka namun mereka yang bodoh ini masih lagi tidak sedar dengan hakikat itu malah makin cuba mendidik orang ramai dan masyarakat dengan kebodohan mereka.

Seolah-olah mereka itu selama ini telah berjaya memimpin masyarakat Malaysia sehingga berjaya tahap ultimate dan rakyat tidak perlu berbuat apa-apa lagi kecuali terus bergantung harap pada mereka-mereka yang bodoh ini.

Semalam, Malaysiakini melaporkan Datuk Seri Najib Razak sekali lagi mengulangi amaran bahawa kehilangan kuasa memerintah oleh kerajaan BN akan mendatangkan kesan buruk kepada pembangunan dan kebajikan rakyat.

Sat…