Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2009

Andai Ku Tahu ini Ramaḍān Yang Terakhir

“Sesiapa yang puasa di bulan Ramadan, kerana iman dan mengharapkan ganjaran, maka diampuni dosa-dosa yang telah lalu”  (Hadis riwayat Muttafaq ‘alaih)
Alhamdulillah ALLAH masih lagi memberi peluang dan ruang pada kita sebagai hamba-Nya menerokai sekali lagi bulan yang penuh barakah ini yakni RAMADAN. Saya menerima beberapa mesej dari sahabat-sahabat seperjuangan mengingatkan akan kelebihan dan untungnya kita dipilih ALLAH sekali lagi menjadi tetamu Ramadan 1430H berbanding segolongan manusia yang ALLAH menutup hatinya terhadap nikmat ini.

Kita sering berbicara akan kelebihan Ramadan terutama tibanya bulan tersebut sedangkan kita lupa akan kemiskinan iman kita dalam mempersiapkan diri menghadapi Ramadan. Oleh itu saya menyeru pada diri sendiri dan para sahabat agar kita sentiasa menilai iman kita adakah cukup mantap untuk diuji ALLAH sepanjang Ramadan.

Maksud saya bukanlah ujian tak makan dan minum tetapi ujian bagaimana nak dapatkan puasa rohani dan jasmani. Bukan sekadar menahan lap…

Horsemanship and Equestrian

Huh, 3 hari lepas aku seolah mayat bergerak apabila terpaksa menghadiri kelas ko-kurikulum berturut-turut selama 2 hari, bermula petang Sabtu 2:30 pm hingga 6:30 pm dan bersambung pula pagi Ahad dari 8:30 am hingga 12:30 pm bagi menggantikan kelas pada bulan Ramadan nanti.

Instructor aku, Mr. Mutusamy begitu prihatin bimbang jika kelas pada bulan puasa menyebabkan kami cepat penat terutama ketika sesi di tengah padang yang panas terik. Semuanya akibat kedegilan kami untuk menyertai kelas HORSEMANSHIP and EQUESTRIAN. Memang tidak dinafikan betapa penat dan lelah terutama ketika membersihkan dan menyiapkan stable iaitu kandang kuda.

Di sini aku ingin berkongsi sedikit pengalaman aku yang mula belajar tentang dunia kuda kepada pembaca. Aku agak bertuah kerana sempat mendaftarkan diri melalui SMP Web ke dalam kelas ini kerana ketika aku mendaftar cuma tinggal 2 lagi tempat kosong daripada 30 orang pelajar. Tambah-tambah bila mengenangkan bermain kuda juga merupakan salah satu sunnah RASUL…

Bukan Ketajaman Yang Menjadikan Katana Ditakuti

“Pedang jepun atau KATANA tidak akan membawa sebarang makna jikalau kita cuma menilai dari segi material yang digunakan untuk membuatnya,” ujar jurulatih taekwondo ku, Sir Chauw Proom Wichit sambil menghela nafas.

Dia menyambung lagi, “atau ketajamannya yang mampu memotong segala sesuatu hatta besi sekalipun tetapi,” dia berhenti seketika seolah mencari idea.

Kemudian, dia melontarkan kepada kami soalan, “Apa yang membuatkan KATANA begitu hebat apatah lagi bila berada dalam genggaman seorang samurai..?”

Kami semua terdiam, memandang antara satu sama lain seolah cuba mencari jawapan di wajah pelatih yang lain.

Jurulatih kami mengangguk tersenyum dan terus menyambung, “Ya, tak lain ialah SPIRIT yang ada pada samurai itu yang dijelmakan melalui gerakannya yang akhirnya membuahkan satu pukulan yang maha dahsyat.”

Itulah kata-kata jurulatih taekwondo aku selepas habis latihan semalam. Dia membawakan perbandingan antara semangat katana dan taekwondo. Aku terfikir kata-kata itu sepanjang har…

Suara Suci Mahasiswa

Alhamdulillah walaupun terkejar-kejar petang tadi habis kelas pukul 6 tapi ALLAH masih lagi memberi kesempatan untuk menghadiri usrah yang diadakan di FSSK oleh Abg Farid, senior Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. Sungguh, walaupun saya cuma sempat mendengar pengisian tak sampai 30 minit namun telah memberi kesan yang mendalam pada diri saya selaku seorang mahasiswa baru.

Antara perkara yang disentuh oleh Abg Farid ialah bagaimana para sahabat yang berani menyampaikan kebenaran walaupun baru sahaja memeluk Islam dan menunaikan perintah ALLAH tanpa kompromi sebagai contoh bagaimana para sahabat apabila mendengar perintah larangan arak terus memecahkan botol-botol arak di tangan masing-masing malah memuntahkan balik arak yang telah di minum itu.

Cuba bandingkan pula dengan diri kita, walaupun ketika program atau ceramah semangat membara-bara untuk membantu islam namun sekejap sahaja selepas tamat ceramah semangat itu terus hilang entah ke mana. Tambah-tambah bila mengenangkan cota-cota…

Namanya Islam Namun Jiwanya Athies

Pernah kah kita mendengar frasa di atas ?

Inilah yang berlaku pada diri kita dalam keadaan kita langsung tidak menyedarinya. Saya bukanlah seorang yang patut membicarakan hal ini tetapi mengenangkan akan diri yang selalu tertewas dek nafsu dan iblis, terpanggil untuk mencoret secebis catatan hina moga ALLAH SWT memberkatinya.

Saya nak berkongsi satu cerita sebelum mengorak dengan lebih jauh lagi dalam catatan ini iaitu cerita seorang tok guru dengan 2 orang anak muridnya. Senior dan junior.

Alkisah nya bermula pabila anak murid senior mendapati tok gurunya lebih kasihkan junior berbanding dirinya. Pada suatu hari ketika mereka bertiga duduk bersama, si senior pun bertanya pada gurunya akan kenapa dia tidak mendapat kasih sama macam junior nya.

Gurunya tersenyum sambil berkata, “Wahai anak murid ku, sebelum aku menjawab soalan itu aku mahu kalian menyelesaikan tugasan yang akan aku berikan ini terlebih dahulu. Kemudian aku akan jawab soalan itu.”

Serentak anak muridnya bertanyakan apak…

Pengenalan dan Penafian

"Time To Change" diilhamkan hasil tsunami perubahan politik dan 'mind-setting' daripada masyarakat yang beriman bahawa cuma UMNO/BN sahaja yang mampu menyelamatkan dan memberi makan kepada rakyat Malaysia kepada sebuah masyarakat yang mula mengenal erti merdeka di tanah air sendiri tanpa perlu dikongkong oleh kebejatan tirani pihak yang sedang memerintah Putrajaya sekarang.

Blog "Time To Change" mula dibina pada Ogos 2009 atas kapasiti sebagai sebuah laman blog peribadi penulis, Saudara Ahmad Tajuddin Abdullah atau lebih senang dengan panggilan ATA sebagai salah sebuah platform untuk penulis memberi pandangan dan ulasan terutama dalam isu yang membabitkan hak dan keadilan dalam masyarakat di Malaysia.

Juga menjadi tempat perkongsian pengalaman dan peribadi untuk dijadikan pengajaran dan sempadan kepada semua pembaca.

Saya jelaskan awal-awal, tulisan saya lebih terarah kepada politik di Malaysia. Jika pembaca tidak selesa dengan landskap tulisan di sini, and…